Saturday, December 01, 2012

แพ้คนขี้เหงา - Olives Feat. ตูมตาม

Assalamualaikum

Lama xmenulis apa2 kat blog nih...ape pun mari kita layan lagu2 Thailand, mereka sekarang dah maju dan dah nak mcam video clip korea, kita bila lagi....


lagu nih siap pakai iPad 2, nampak betul berteknologi ...... meraka pun mengikut trends pada masa kini.....

Monday, November 19, 2012

Ikan Koi

Assalamualaikum

Kekadang busy sangat ngan kerja nie boleh membuatkan diri nie stress, blom lagi dengan perangai orang lain yang menyemakkan kepala hotak, so untuk menenangkan fikiran, deruan air terjun serta ikan koi yang bermain2 di dalam kolam dapat menjadi terapi kepada masalah stress


Video nih xberapa nak expert sangat nak edit, tp bole lah enjoy...bosan2 nih

Friday, August 17, 2012

Sony VAIO T

Assalamualaikum,

Sejak bisik2 mengenai Ultrabook pada awal julai lepas memang telah mengujakan beberapa peminat laptop di sekitar kuala lumpur, terutama kepada pengeluar tablet seperti Samsung dan Apple, tetapi masih terdapat beberapa syarikat telah mengambil langkah lain seperti memperkenalkan mode laptop yang mempunyai ketahan bateri yang tinggi, contoh seperti Sony, Acer , Asus dan Toshiba dimana mereka telah menggunakan sistem secara hybrid didalam penggunaan storage. Apa itu fungsi hybrid, fungsi hybrid dimana HDD atau Harddisk yang biasa kita pakai itu di tambah sedikit storan beberntuk Chip  ber kapasiti didalam 32GB, tetapi masih mengekalkan cakera keras bermotor yang berkapasiti 500GB, ini adalah untuk melajukan permulaan start kepad program windows 7, contoh seperti dibawah


Memang lajukan....tida siapa bole lawan Ultrabooks Sony VAIO T nih, harga amat berpatutan dan terdepat dalam dua model 11.6 inch dan 13.3 inch, harga hampir sama di mana untuk 11.6 inch RM 2899 dan untuk 13.3 inchi berharha RM 2999.....hanya beza Rm 100 dari segi siaznya.....performance amat membanggakan dan bateri tahan hampir 7 jam......

Gamelan Performance Mid Valley

Assalamualaikum,

Sejak dah dapat guna camera NEX F3 nampak mmg best la sangat, lagi dengan kuasa 16 MPixel, gambar die mmg cun, ape tah lagi kalo amik video yang ade 25p picture die, sangat clear.....dengan kekurangan cahaya juga ia nampak terang, ternyata hebat.


Pada malam puasa yang ke 20 lepas, Mid Valley ade buat show permainan musik gamelan, mmg powerlah diaorang buat performnace mase 2, tgk macam main ketuk-ketuk jer kat atas gamelan tembaga 2......nampak senang tp susah nak sync dengan alat musik lain, ape-ape pun mmg enjoy sangat diaorang nih main.....terbaek

*untuk Video yang lain boleh tgk kat Youtube di bawah...

 Esta Zainal Youtube Channel

Sunday, May 20, 2012

Samsung Galaxy S3

Assalamualaikum

Wahhh..dah kuar dah Samsung Galaxy S3 yang akan mengakibatkan sakit jantung kepada peminat2 handphone dibumi ini...mari kita tgk die punya iklan


Samsung telah berjaya untuk mengupgardekan handphone nya menjadi lebih baik berbanding dengan Apple iPhone, dimana ada lagi perbagai fungsi yang dinaikkan secara drastik, contoh seperti processornya yang Quad Core serta Liquid Touch, siap ade mcm Siri yang agak serupa dengan iPhone 4S

23rd ITEX Exhibition KLCC

Assalamualaikum

Selama 3 hari berlangsung pameran ITEX di Kuala Lumpur Convention Centre, KKTM PJ telah menghantar satu projek inovasi dari pelajar bernama Hasrul Haslan iaitu Painting Pillar Machine, lebih kuang macam 2 kot bunyinya.....

So marilah kita saksikan video yangtelah diambil sempena pameran tersebut...


KKTM PJ telah meraih Perak dalam entah xtau ape kategorinya, and saya ingin megucapkan syabas kepad En. Mutalib dan En Suhadi kerana telah berjaya mendapat pingat... Anda berjaya kerana melakukan dengan ikhlas.....syabas sekali lagi...

Tahun depan boleh masuk join kalo bole...ape macam mahu kah....

Orchid Garden Kuala Lumpur

Assalamualaikum

Lama xjalan2 kat taman sekitar Kuala Lumpur nih, so rasa xde ape nak buat di pagi2 minggu nih, elok la juga amik masa melawat ke Taman Orkid di Taman Tasik Perdana, area2 nak ke Masjid Negara tuh, xkan tu pun xtau...ape lah, duk je KL...

So ramai juga lah yang datang ke situ, ramai juga pelancong2 asing, omputih2 duk lepak situ, mereka suka dengan keindahan alam semulajadi malaysia nih..

So tanpa cakap banyak marila kita tgk sama2 videography nih....tadi duk amik


Gambar boleh tahan tetapi ade sikit xbeberapa steady..maklumla camera berat.....

Selamat terhibur

Batu Belah Batu Konkrit

Assalamualaikum

beberapa hari nih suke dengar satu lagu dari Monologue nih, die featuring Azlina Aziz, rupa2nya die amik dari lagu OST Parit Jawa nih


lama dah dengar bahasa jawa nih..... tapi lagu nih memang best, mesej die die lebih kurang macam lagu warisan yang biasa2 student menyanyi masa minggu orientasi kat kolej tuh...

Tuesday, May 08, 2012

Terbaik Alpha DSLT 35

Assalamualaikum

Terbaik dari ladang la DSLT nih, video die langsung xmengeciwakan aku....wah wah wah

Terbaik dia punya bokeh dan focusing die...

HTC Mozart 7

Assalamualikum

Nie yang last Hp yang aku ade, Windows Phone, terbaik sebab bateri tahan lama macam iPhone 3GS, Androis Suck kuat makan bateri....


Terbaiklah, buat dalam low light macam nih, terasa jadi director bikin filem pulak..

Sony Xperia X10

Assalamulaikum,

Yang nie Xperia X10 Pulak


iPhone 3GS

Assalamualaikum

Mengenangkan mood xberapa nak baik, so aku transferkan kuasa marah 2 ke video iPhone nih, selalunya aku xbeberapa boleh nak buat video, so ade kuasa confident sikit, sebab ade aura nak belasah orang


iPhone 3GS, orang sekarang dah xpakai dah, Obsolute dah

Susah Orang Yang Xreti Bahasa

Assalamualaikum

Hot Hot satu badan, payah nak bgtau dengan orang yang xreti bahasa, cakap sekali buat, cakap 2 kali macam xnak buat, susah kalo manusia dah kepala degil, cakap ape pun xmasuk. Lagi2 konon cakap berapi xsupe bikin, konon nak glamer sana sini....

Sedarla diri 2, kalo orang dah xsuka, buat je cara orang xsuka, so cermin2 sikit diri 2, jangan konon nak tunjuk bagus kat semua orang, menyampai sana, menyampai sini... semak kepala dibuatnya...

Kalo nak tunjuk bagus sangat sila lah maju kedepan, jangan duk asik nak PHD pada orang lain, apa yang orang lain nak, ko pun nak, semua xle lebih....sedangkan ade orang yang lebih baik xnak pulak ko fight sama, kalo setakat nak dapat perhatian kawan-kawan lebih baik xpayah nak bersaing secara positif

Sepatutnya belajar tinggi-tinggi dah boleh pikir yang mana baik dan yang mana buruk dah xpayah nak meroyan supaya orang bagi perhatian, kalo dah xbeberapa sesuai sila la angkat kaki jer....

(mode aku kurang baik, so jangan duk tegur, ade yang aku lempang)

Sekian

 
Pic hiasan

Saturday, April 07, 2012

Itanong Mo Sa Puso Ko

Lagu nih sedap.....lama xdengar


Selamat terhibur...

Liriknya

di mo siguro nalalaman na ikaw ang aking mahal
di mo siguro nakikita sa puso ang nararamdaman
kapag tumitingin ka sa akin
di ko malaman ang damdamin
gusto kong humimlay at yakap mo sayong piling

chorus:
kung bakit ikaw ang pag-ibig ko
ay di ko masasabing
itanong mo sa puso ko
kung bakit ikaw ang hinahanap ko
damdamin ko ang sasagot sayo

hindi ko sukat akalain ikaw ang pintig ng puso ko
at di ko kaya na pigilan ang alab na nadarama ko
kapag tumitingin ka sa akin
di ko malaman ang damdamin
gusto kong humimlay at yakap mo sayong piling

repeat chorus

alam ko naman ikaw ay mayron ng iba
ngunit patuloy pa rin sayong umaasa

repeat chorus

damdamin ko ang sasagot sayo......
ooohhhh

Selamat Hari Jadiku ke 33

Assalamualaikum

Hmm..dah 33 umurku sekarang nih, xdela tua2 sangat sebab umur 33 adalah umur2 orang yang hidup disyurga2 Allah S.W.T nanti, tetapi masa 2 xdela badan mcm sekarang nih, dan ketika itu tuhan akan jadikan kita perfect..xde gemuk dan xde kurus dah.....maka umur 33 adalah berpadanan.



Oleh kerana diberi umur yang panjang oleh Allah S.W.T, saya rase bersyukur kerana diberikan peluang untuk meneruskan hidup ini, semoga apa yang dirancang oleh Allah S.W.T adalah baik2 belaka, semoga kesihatan baik, yang mana perkara buruk dijauhkan, dimurahkan rezeki serta ditambah-tambahkan lagi mana2 bahagian yang patut....

Biar pun banyak halangan dalam hidup ini, apae pun mesti diteruskan, cuba berpegang kepada apa yang ade didunia nie tidak la kekal selamanya, akan tetapi yang lebih kekal ialah Alam Akhirat yang lagi baik, semoga menjadi anak2 yang soleh, rendah diri, dan disenangi oleh orang lain.

Tul x...... hari jadi anda bagaimana......ade orang sambut ker, kalo ade untungla......ingat....mati semakin hampir...

Saturday, March 17, 2012

Big Apple Donuts

Assalamualaikum



Big Apple Donuts nie kalo dapat makan memang best sangat2, rase coklat die teramatlah sedap, cuma harga mungkin agak mahal lah. Ada banyak jenis donuts terdapat di Big Apple Donuts, ade yang bentuk seperti sushi dan ade yang bermacam2 perisa seperti coklat, kacang, strawberi, almond dan lain2 lagi.
Cawangan2 Big Apple Donuts nie yang biasa pergi ialah di Mid Valley Megamall, Subang Parade dan di Sunway Pyramid. Cuma di Sunway Big Apple cuma menjual cupcakes..Ape2 pun mmg sedap.
 

Sunday, February 12, 2012

Makeroni Bakar Super

Asslamualaikum,

Jom kita menikmati makanan western nih, jgn lupe baca bismilllah, so tgk je lah yer.....


Nampak macam sedap x...... nak buat belilah bahan2 nya.....lepas 2 masak lebuh dalam kuali

Adakah anda Sentap?

Asslamualaikum

Tau kah ape itu sentap? sentap ini payah nak dijelaskan, cuma ketika tersentap mesti berlaku sesuatu situasi secara spontan, iaitu ketika neuron2 di kepala melakukan ayat2 laser dan sentap kepada pihak yang satu lagi...contoh macam video kat bawah nie...



Sentap boleh dikatakan budaya sindir menyindir yang boleh melukakan perasaan seseorang tanpa melakukan sesuatu kepada badan, ia boleh dikenali sebagai serangan perasaan yang membawa kepada sifat-sifat yang mempunyai unsur-unsur dengki dan lawak, akan tetapi kesan terhadap sentap ini boleh membawa kepada masalah sama ada membawa kebaikan atau keburukan, ia bergantung kepada situasi yang berlaku.

So, sentap hatemaknak.......hahaha....(tangan didada, mata ke atas, sebutkan dengan cermat)

Friday, February 10, 2012

Hidup adalah satu pilihan

Assalamualaikum

So dah makan malam ke, kalo belum, pegilah makan, nanti lapar pulak, so xnak makan, so sukahatilah kan... begitulah yang dikatakan hidup satu pilihan, mahu atau tidak, jika tidak mahu maka ia tidak mahu, kalo mahu katakan mahu... pening pulak baca ayat nih...

So siapa yang berhak, anda sendiri yang berhak, nak pilih 1 nak pilih 2 ker, nak pilih 3 ker.... itu pilihan, xnak pun xpe... kenapa perlu pilih, xpilih xboleh ker...kalo xpilih orang kata xde pendirian, so baling dadu jer, kalo macam 2, hidup macam dihujung tanduk, kalo dadu kate mati, anda mahu mati.... so lebih baik membuat pilihan sendiri.... salah tidak mengapa, sekurang-kurangnya anda telah memilih, daripada tidak ada pendirian untuk memilih.. jika telah memilih jangan pula menyesal, so kalo salah menyesal adalah akibatnya, so kalo memilih dengan betul, lega adalah akibatnya..

Manusia mempunyai fitrah untuk membuat pilihan, sama ada pilihan itu betul atau salah, ia bergantung kepada takdir yang telah ditentukan, maka pilihan itu merupakan satu usaha, selebihnya bergantung kepada kententuan Allah S.W.T. Keikhlasan boleh membawa kepada penentuan kearah mendapat pilihan yang mendapat kebaikan, so anda perlu berbahagia dengan apa jua pilihan Tuhan kepada anda, jika anda selalu diuji, anda adalah orang yang istimewa, dalam berjuta-juta dan berbillion-billion manusia anda menjadi pilihan Allah S.W.T, adakah anda sangat beruntung? Jika Allah memutuskan memilih anda untuk mendapat sesuatu musibah, adakah anda ingin memarahi-Nya, atau memilih untuk meredhai-Nya...so pilihlah dengan bersangka baik, maka Allah akan sentiasa bersangka baik pada hamba-Nya, jika tidak adalah pilihan yang sebaliknya.

Setiap masa, setiap saat merupakan satu pilihan, so pilihla yang terbaik......dan jangan sesekali menyesal dengan pilihan itu.....dan anda perlu ingat apabila telah ajal tiba, hanya Allah yang akan memilih sama ada anda layak ke Syurga atau ke Neraka Allah S.W.T..... so pikir-pikirkan lah....apa hak anda...

(Sekadar Renungan, yang baik dari Allah S.W.T dan mana yang kurang datang dari kita sendiri, ingat manusia ini tidak sempurna, dan tidak selama-lamanya manusia ini membuat pilihan yang salah)

Tuesday, February 07, 2012

Sony Xperia S - Ape kata mereka

Assalamualaikum

Jom kita tengok ape kata mereka mengenai Sony Xperia S baru 12.1 Megapixel dan HD all the time..


K-Pop Lagi

Assalamualaikum

Jom layan K-Pop lagi..... hmm dari Shinee dan


dari



Gummy - Since You're the Man


Wii U HDMI 2012 Game Console

Assalamualaikum

Dah tahun 2012 dah, sikit lagie dah nak masuk bulan 3, so ape nak dinantikan ialah keluaran Wii U 2012 HDMI Console terbaru dari Nintendo, menarik sekali sebab mempunyai skrin ke-2 untuk bermain serta tidak meninggalkan aksi-aksi controller dari Wii pertama, accessories masih sama, cuma penambahbaikan untuk penggunaan kepada TV FULL HD dimana Wii U ade port HDMI, so mari kita tengok ape yang menarik Wii U nih


Dan boleh live demo gameplay Zelda


so selamat terhibur

Windows Phone Games 2012

Assalamualaikum

Dah bagun pagie ker, ceriakan diri anda dengan game terbaru utnuk Windows Phone 7


Bagi yang berapa xnak minat nak guna Windows Phone 7 nie, bole cuba2 kat mana2 centre yang menggunakan Windows Phone nih, Nokia pun dah masuk pasaran Windows Phone


menarik kan...harganya...boleh check dicentre2 yang terpilih

Monday, February 06, 2012

Pengorbanan - Anda Berkorban Untuk Siapa?

Assalamualaikum

Berkorban, ape itu Korban? Potong Lembu ker....itu masa Raya Haji, nie lain....berkorban, mcm lagu "berkorban apa sahaja, mahu pun harta pun nyawa".

Ape yang anda telah buat untuk berkorban? Berkorban duit untuk belajar, berkorban tenaga untuk maju, berkorban harta untuk agama, berkorban nyawa untuk negara, kenapa perlu berkorban? sedangkan yang lain tidak perlu, kenapa anda perlu? so susah nak jawab soklan nih, pening pun ade.

Nak tahu mari kita tengok video ini


Video nih bole dikatakan berkorban untuk kekasihnya, kesian kan, anda pula bagaimana?

Perempuan - Ada Cantik dan Tidak

Assalamualaikum

Nak tau jugak part mana yang cantik dekat pempuan nih, ade yang kata pada paras rupa, ada yang kata dengan sopan santunnya, ade yang kata yang menjaga auratnya dan segala bagai, tul x.

Bagi yang bertuah, dapatla awek-awek yang comel dan cantik, sedap mata memandang, siap dengan berkasih sayang serta jiwang-jiwang ayatnya, bagi mereka yang rase mereka ini cantik meraka lebih berkeyakinan untuk kehadapan iaitu lebih kepada mendapat perhatian dari lelaki-lelaki di sekeliling meraka, adakah mereka ini mahu kan sesuatu yang boleh memberi mereka sesuatu yang baik atau sebaliknya, ini bergantung juga kepada penampilan dan gaya tingkah laku.

Kekadang perempuan ini suka kalo menjadi rebutan dikalangan lelaki diluar sana, kalo boleh semua lelaki yang diidam-idamkan itu mereka mahukan semuanya, tul x, xcaya boleh tanya mereka-mereka ini, lagi-lagi kalo dapat artis K-Pop, kalo boleh dah nak sampai korea.

Akan tetapi bagi mereka yang tidak beberapa menawan ini, lagi2 dengan shape yang tidak ada potongan langsung, asik2 kene buli dan diperkatakan kekurangannya. Adil kah bagi mereka ini, sedangkan mereka juga adalah manusia yang Allah S.W.T jadikan sempurna, tiada cacat celanya, cukup sempurna dengan sifat-sifatnya, tetapi mengapa mereka tidak mendapat perhatian, kerana mereka tidak cantik, itu saja, perangai buruk, dan macam-macam lagi.

So ape yang perlu dibuat, berdiam diri atau sebaliknya, so bagi lelaki-lelaki diluar sana, jangan la terlalu taksub sangat dengan kecantikan perempuan, kerana perempuan yang cantik adalah milik semua orang, kenapa milik semua orang? sebab apabila ramai lelaki yang melihat maka dihati mereka secara tidak langsung akan berkata "Oh cantiknya, best kalo jadi awek aku nih", so kalo 100 orang lalu, mesti ada dikalangan meraka yang mengatakan ayat yang sama.

Perkara-perkara ini selalu berlaku jika perempuan itu masih belum berkahwin, so apakan jadi jika seorang wanita yang cantik dan tidak tadi berkahwin sudah, dimanakah kedudukan mereka sekarang, adakah mereka-mereka ini boleh lagi menonjolkan penampilan-penampilan sebelum mereka berkahwin, tentu tidak kan, so ape kurangnya dengan perempuan yang tidak cantik, adakah masih sama, tentulah tidak, so boleh dikatakan perempuan yang cantik hanya kekal sebelum perkahwinan tetapi tidak selepas kahwin, kerana perempuan yang cantik tadi apabila bergelar isteri maka dia mestila patuh kepada suaminya iaitu kecantikannya adalah untuk tetapan suaminya.Maka yang tidak cantik tadi tidak la perlu gelisah kerana selepas berkahwin rezeki yang Allah berikan adalah yang terbaik.

(So kepada yang tidak cantik 2, janganla rase rendah diri, jadi lah diri anda yang terbaik...Amin)

6 Februari 2012

Assalamualaikum

Walaupun dah masuk 3 hari cuti, masih xde apa2 yang menarik berlaku pun kat sini, ingat petang td nak hujan tp xhujan pun, last2 panas juga harinya. Sakit kepala dan kaki pun dah hilang, maklumla dah cukup rehat, seharian tdo xde aktiviti, ingat nak kemas-kemas umah sikit tp macam malas nak buat.

Sekarang nie nak dikatakan satu perkara nih, sebenarnya payah nak cakap, nak kata mementing kan diri, entahla, xbleh nak judge orang lain, orang lain pun ade pendapat lain, maybe mereka betul, atau maybe mereka salah, apa-ape pun mereka ingat mereka betul.

Jika ada A, B dan C dengan satu situasi yang agak tidak berlaku secara langsung, maybe tidak disengajakan, yang si A memikirkan sesuatu yang mungkin berlaku jika si B dan C menggunakan sesuatu tanpa mendapat kebenaran si A, si B dan C terus je menggunakan sesuatu tanpa memikirkan ape kah yang akan berlaku jika si A melenting, tp si A tidaklah berbuat demikian, sehingga satu ketika yang si B dan si C nie masih tidak reti-reti untuk berfikir ape yang mereka telah lakukan, dalam anggapan yang mereka ini boleh je guna sesukahati mereka.

Tp si A nie memang jenis yang tidak kisah dengan semua itu cuba si B dan C harus beringat supaya ape yang mereka buat itu dan ini harusla sekurang-kurangnya meminta kebenaran dari si A. nak kate mis*** sangat xdela kan, tp untuk menguruskan diri tu, xyah la rasa-rase nak berkongsi. Kalo si A tuh berpindah mesti mereka-mereka ini merasa sesuatu perasaan dimana mereka telah mempergunakan hak orang lain tanpa meminta kebenaran...tul x...

So terpulanglah, ade sesetengah orang amat berkira ape yang mereka lakukan, ada sesetengah pulak jenis xkisah, ko gunalah sampai hancur pun xpe, sesetengah lagi, ko usik ko hengat harta mak bapak ko ker, so anda di mana, jika anda tersepit seperti ini, apa yang anda akan lakukan, bagi si A, dia hanya berserah kepada Allah S.W.T, kerana semua itu adalah milik-Nya...

Amin..

SNSD - Into the New World

Assalamualaikum

Mari layan sekali...


Selamat terhibur

Sunday, February 05, 2012

Fat Cat

Assalamualaikum

Sambil2 melayari facebook 2, elok la kalo dapat dengar lagu nih dari Fat Cat, sedap gak..


Siap ade lirik, so siapa yang minat nak karaoke 2...boleh join sekali..

Lenovo IdeaPad Tablet A1

Assalamualaikum

Apa khabar semua, mesti bestkan dapat cuti 4 hari, duduk je kat umah, so bolehla lepak2 dan tenang-tenangkan fikiran sambil mengonline kan diri kat blog-blog dan facebook, macam2 boleh post sekarang nie, semua keadaan, nak baring, berdiri, sambil makan, semua boleh, sebab nak update info pun dah mudah, tp mesti ade connectionya juga, kalo xde, so xdelah..

So ada benda menarik kat sini terutama bila Lenovo dah berjaya mengeluarkan satu tablet yang jangkaan harga yang jauh murah berbanding tablet jenama lain yang terkenal. Ia dikenali sebagai Lenovo Ideapad Table A1, yang harganya cuma RM 799 sebuah, ade putih ade hitam, belakang je lah, depannya sama color hitam. Di lengkapi dengan Android 2.3.4, so kira okla, sama je kalo pakai Honeycomb atau Ice Cream, ia tetap android kan. Apa-apa pun bole tgk video kat bawah nie.


Model nie hanya ada WIFI sahaja, biasa yang ade 3G sim, harga die pasti melambung sehingga RM 2199 dan ke atas, so kalo duduk je kat umah xperlulah nak guna 3G, lepas 2 kene subcribe lagie... tul x.
Kalo ade plan nak beli 2, boleh dikatakan ok juga sebab ia hampir sama dengan Samsung Galaxy Tab 7, function masih 100% sama..

Thursday, January 26, 2012

26 January 2012

Assalamualaikum

Apa khabar semua, mesti ada dikalangan kawan-kawan diluar sana yang masih sihat dan ada juga yang menghadapi demam dan simptom-simptom yang agak kurang akibat daripada perubahan cuaca pada masa sekarang ini. Kekadang cuaca yang melampau boleh menyebabkan datangnya macam-macam penyakit, kejap panas kejap sejuk......

Sebelum aku nak ucapkan dulu Selamat Hari Raya Cina.....bole x macam nie, cuti 4 hari dikampung memang amat best, lagi-lagi kaloa de jiran yang menyambut Tahun Baru Cina, lagipun kat Johor nie memang meriah kalo Cina raya, bunga api sana sini dengan bunyi2 mercun, xde pulak orang yang putus jari, putus kaki dan putus lain2, hahaha....kalo melayu dah lama masuk spital kan.....apa-ape pun memang meriah suka tengok bunga api dan mercun memecah keheningan malam....langit berwarna warni dengan sinaran bunga api yang mahal... orang kate nie la time bakar duit kan, bakar jangan xbakar.

Balik2 dari cuti keja opis nie memang berlambak-lambak dengan lecture notes, ngan lesson plan, nasib baik laporan prestasi dah siap hantar sebelum Tahun Baru Cina..... bole tahan jugalah resultnya....hahaha....gelak2 la jugak....ape pun dah buat yang terbaik....bila dipikir-pikirkan balik berbaloi2 kene laser ngan orang......hasilnya amat bagus sekali.

Sunday, January 15, 2012

Jaguar XJ Terbaek

Assalamualaikum,

Hmm kalo tgk kete nih rasa2 mmg xmampu nak beli, tapi xper, hakikatnya sebuah kerete mestila mempunyai ciri-ciri keselamatan dan material yang betul...Jaguar XJ adalah salah sebuah kereta mewah yang tiada tolok bandingya....saksikan..


InsyaAllah kalo ade duit nanti aku beli (sambil tengok akaun bank....hahaha..)
tp kalo korang beli aku xmo beli, nak tumpang...vole x...

(mode teruja dengan kejuruteraan termaju Jaguar)

IU - You and I

Assalamulaikum,

Sabtu dan ahad nie memang bosan kalo duk kat umah, so kalo rajim marilah kita exercisekan badan kalo ade masa yang terluang 2, boleh follow IU....die mmg pandai menari...comey lak 2....

 

Jom menari.....heahhhh

Saturday, January 14, 2012

3 Suara - Semua Isi Hatimu

Kau katakan padaku
Betapa lelahnya dirimu menghadapi aku
Kau katakan padaku
Ingin kau mengakhiri semua ini

Tak bisakah engkau cuba
Melihat diriku dan semua cintaku
Tak bisakah engkau cuba
Hargai hatiku dan perasaan ku untukmu

Cubalah tuk mengerti aku
Seperti aku yang mengerti semua tentang dirimu
Cubalah tuk merasakanku
Seperti aku yang merasakan semua isi hatimu

Tak bisakah engkau cuba
Melihat diriku dan semua cintaku
Tak bisakah engkau cuba
Hargai hatiku dan perasaanku
Yang hanyalah teruntuk dirimu

Cubalah tuk mengerti aku
Seperti aku yang mengerti semua tentang dirimu
Cubalah tuk merasa aku
Seperti aku yang merasakan semua isi hatimu

Cubalah tu cubalah tuk mengerti aku
Cubalah tuk merasa aku
seperti aku yang merasakan semua isi hatimu
Semua isi hatimu
14 Januari 2012

Assalamualaikum

Sekian lama tidak menulis apa-apa dalam ruangan ini kerana tiada mood dan tiada masa yang dislotkan. Kekadang malas nak menaip luahan isi hati, kata-kata hikmat dan seolah-olah macam xde apa sangat nak dikongsikan kepada public.

Dah 14 hari dalam tahun 2012 nie bergerak, sekejap jer dah nak setengah bulan, lepas 2 setengah tahun dan genaplah tahun 2012 dan muncul pulak tahun 2013. Apa yang aku dah buat sepajang tahun lepas, rasa-rasa macam banyak kerja dengan kerja itu ini dengan bermacam2 kerenah orang.

Usia pun dah sampai 1/4 abad lebih nih, sepatutnya kena ada potensi yang lebih untuk diri sendiri, pedulikan la apa orang nak cakap, janji bahagia sudah.....kata orang "Ada aku Kesah", " Ko jangan nak macam2".... pelbagai ayat dan kata-kata boleh menyebabkan sesuatu berlaku... maybe kebetulan atau sebaliknya....hmm entahlah

Melihat orang gembira adalah sesuatu yang kita hendak buat, apa kan daya kegembiraan yang sebentar tidak akan menjamin kegembiraan yang berpanjangan, hidup yang penuh dengan ranjau duri ini, perlu di tempuhi walaupun pelbagai rintangan yang dihadapi setiap masa, setiap hari, setiap tahun dan bila-bila masa sahaja kita akan diuji dengan pelbagai perkara yang baik dan tidak baik..

So jangan terlalu menyalahkan takdir, kerana takdir ditentukan oleh Allah S.W.T dan kita hendaklah berdoa supaya mendapat takdir yang baik serta berserah kepadaNya, pahala dosa tidak penting...yang penting adalah keberkatan-Nya yang akan menjamin kehidupan di Akhirat nanti...

Aminnnn.......