Saturday, January 14, 2012

14 Januari 2012

Assalamualaikum

Sekian lama tidak menulis apa-apa dalam ruangan ini kerana tiada mood dan tiada masa yang dislotkan. Kekadang malas nak menaip luahan isi hati, kata-kata hikmat dan seolah-olah macam xde apa sangat nak dikongsikan kepada public.

Dah 14 hari dalam tahun 2012 nie bergerak, sekejap jer dah nak setengah bulan, lepas 2 setengah tahun dan genaplah tahun 2012 dan muncul pulak tahun 2013. Apa yang aku dah buat sepajang tahun lepas, rasa-rasa macam banyak kerja dengan kerja itu ini dengan bermacam2 kerenah orang.

Usia pun dah sampai 1/4 abad lebih nih, sepatutnya kena ada potensi yang lebih untuk diri sendiri, pedulikan la apa orang nak cakap, janji bahagia sudah.....kata orang "Ada aku Kesah", " Ko jangan nak macam2".... pelbagai ayat dan kata-kata boleh menyebabkan sesuatu berlaku... maybe kebetulan atau sebaliknya....hmm entahlah

Melihat orang gembira adalah sesuatu yang kita hendak buat, apa kan daya kegembiraan yang sebentar tidak akan menjamin kegembiraan yang berpanjangan, hidup yang penuh dengan ranjau duri ini, perlu di tempuhi walaupun pelbagai rintangan yang dihadapi setiap masa, setiap hari, setiap tahun dan bila-bila masa sahaja kita akan diuji dengan pelbagai perkara yang baik dan tidak baik..

So jangan terlalu menyalahkan takdir, kerana takdir ditentukan oleh Allah S.W.T dan kita hendaklah berdoa supaya mendapat takdir yang baik serta berserah kepadaNya, pahala dosa tidak penting...yang penting adalah keberkatan-Nya yang akan menjamin kehidupan di Akhirat nanti...

Aminnnn.......

No comments: