Friday, February 10, 2012

Hidup adalah satu pilihan

Assalamualaikum

So dah makan malam ke, kalo belum, pegilah makan, nanti lapar pulak, so xnak makan, so sukahatilah kan... begitulah yang dikatakan hidup satu pilihan, mahu atau tidak, jika tidak mahu maka ia tidak mahu, kalo mahu katakan mahu... pening pulak baca ayat nih...

So siapa yang berhak, anda sendiri yang berhak, nak pilih 1 nak pilih 2 ker, nak pilih 3 ker.... itu pilihan, xnak pun xpe... kenapa perlu pilih, xpilih xboleh ker...kalo xpilih orang kata xde pendirian, so baling dadu jer, kalo macam 2, hidup macam dihujung tanduk, kalo dadu kate mati, anda mahu mati.... so lebih baik membuat pilihan sendiri.... salah tidak mengapa, sekurang-kurangnya anda telah memilih, daripada tidak ada pendirian untuk memilih.. jika telah memilih jangan pula menyesal, so kalo salah menyesal adalah akibatnya, so kalo memilih dengan betul, lega adalah akibatnya..

Manusia mempunyai fitrah untuk membuat pilihan, sama ada pilihan itu betul atau salah, ia bergantung kepada takdir yang telah ditentukan, maka pilihan itu merupakan satu usaha, selebihnya bergantung kepada kententuan Allah S.W.T. Keikhlasan boleh membawa kepada penentuan kearah mendapat pilihan yang mendapat kebaikan, so anda perlu berbahagia dengan apa jua pilihan Tuhan kepada anda, jika anda selalu diuji, anda adalah orang yang istimewa, dalam berjuta-juta dan berbillion-billion manusia anda menjadi pilihan Allah S.W.T, adakah anda sangat beruntung? Jika Allah memutuskan memilih anda untuk mendapat sesuatu musibah, adakah anda ingin memarahi-Nya, atau memilih untuk meredhai-Nya...so pilihlah dengan bersangka baik, maka Allah akan sentiasa bersangka baik pada hamba-Nya, jika tidak adalah pilihan yang sebaliknya.

Setiap masa, setiap saat merupakan satu pilihan, so pilihla yang terbaik......dan jangan sesekali menyesal dengan pilihan itu.....dan anda perlu ingat apabila telah ajal tiba, hanya Allah yang akan memilih sama ada anda layak ke Syurga atau ke Neraka Allah S.W.T..... so pikir-pikirkan lah....apa hak anda...

(Sekadar Renungan, yang baik dari Allah S.W.T dan mana yang kurang datang dari kita sendiri, ingat manusia ini tidak sempurna, dan tidak selama-lamanya manusia ini membuat pilihan yang salah)

No comments: