Saturday, February 26, 2011

26 Februari 2011

Salam

Dah 13 hari aku xmenulis apa2 pun kat blog nie, xde mood sangat nak menulis panjang2 dengan kerja opis yang banyak, itu lah ini lah, gossip sana sini, macam2 ada..Sekarang nie bila petang je hujan, dan hujan, selebat2nya hujan hujan....best kalo dapat rehat time2 nie, maklumla kepala semua stress ngan kerja.

Minggu nie jer asik ke HQ, banyak sangat perkara2 penting nak diselesaikan kat sana, ada yang meeting, ade yang nak jual alat, ada yang mengaruk sana sini, ishhh....bosan pun ada....tp nasib baik semua budak2 minggu nie exam accessment 1, lega lah sikit, tp xtaulah mereka nie boleh buat ke x, rasa2 ok x resultnya, td baru je mark paper2 mereka ini, sah sangat mereka ini tidak faham soalan yang diberikan....lain disuruh lain yang dijawapnya.....ape lah nak jadi nie.....senang betul menanda paper, tgk2 campak tepi, tengok2 campak tepi......

Next week ada 2 Course lagi kat MKM 2 hari, lepas 2 ade Convention kat KLCC pada 11 - 13 Mac 2011, masuk jugakla contest photo yang dibuat oleh Sony Malaysia, nasib baik sempat upload awal-awal, upload lebih dari 30 keping gambar dan minta budak2 kolej nie bagi support kat situ, susah gakla nak minta tolong vote, asik2 nak minta benda bukan2.......tolong sikit pun xleh.....

Nak menang 2 harap2 sangat, sebab boleh dapat Transluent punya DSLT baru...bukan lagi DSLR mcm camera yang lama2 tuh, kira zaman2 Alpha 200 & 100, kali nie ade camera NEX 3 dan 5 yang di idam-idam kan, xdpt Alpha 55, dapat NEX pun jadilah.....asalkan camera baru.....

Pasport pun lom pegi amik lagi, xtau lagi comfirm ke x, nak ke London 19 Mac nie......duit pun macam cukup2 makan je nie....pegi sana ade kursus dengan EDEXCEL London, maklumlah 8 tahun dapat gred A, sebagai centre yang berjaya....ape2 pun aku mmg bangga ngan kolej nie, sebab kalo xde kolej nie, maybe xkan berjaya sampai sekarang....huhuhu....

Sunday, February 13, 2011

13 Februari 2011

Salam

Jam dah kul 10.15pm, hujan pun dah berhenti sambil meneguk sparking juice yang sedap bersama cupcakes Big Apple yang diberi percma di Sunway Pyramid...hmmm..sedapnya....Terasa jua mulai bulan ini terasa diri ini mendapat rezeki yang betul2 tuhan nak beri, maybe sebab banyak bersabar dan doa-doa yang telah dimakbulkan oleh Allah S.W.T....syukur dengan pemberiannya yang tidak terhingga..serta semoga mendapat keredaan dariNya....itu lah yang ter baik...

Minggu nie xde kemana-mana sangat cuma semalam ada pergi ker Pavillion dan Farenheit 88 yang terletak di Jalan Bukit Bintang, pegi pun dah petang, ingat nak pergi mencari baju...ade lah juga teserempak dengan beberapa kedai, setelah survey memang cukup nak beli, cuma blom lagi nak beli.....maybe bulan depan kot... macam xsabar pulak....hehehe....sonok sangat......

Jalan-jalan juga tetapi tersambar 2 pasang kasut Croc kat situ, belila jugak sebab cantik, Croc pun tahan dia punya kasut, kat umah ada 6 pasang, semua elok2 lagi....berbaloi gak beli, kene air ke, kene batu ker, xkoyak pun...kalo ganas koyak lah kot....tp dari segi kualiti memang bagus...dan selesa dipakai untuk jalan2 shopping...xsakit belakang...

Hari nie pun xde wat apa2 cuma duk kat rumah, kemas2 dan basuh baju, punggah barang2 dalam almari, buang segala habuk dan susun semula barang bagi cantik sikit, xde la bersepah sana sini, rumah bersih, hati pun senang, cuma barang2 Tupperware dah banyak kat umah nie, ade yang beli, ade yang free, ade yang hadiah...macam2 lagi.....

Tetiba je hujan turun lagi, bestnya malam nie tdo, sejuk sikit, kalo x panas, payah nak tdo....

Sunday, February 06, 2011

6 Februari 2011

Salam

Berakhirnya cuti 4 hari, hmm kejap je cutikan, macam xpuas je nak jalan2, buat kerja2 umah dan buat semua kerja2 opis yang masih belum siap, maklumla musin raya cina yang tidak kurang meriahnya disambut oleh semua bangsa cina di KL nie, sempat lah juga nak jalan2 kat Mid Valley dan The Garden sebab xbalik cuti raya ke kampung sebab banjir. Ada yang balik tp masih kene ikut jalan yang jauh.

Nasibla ada kawan kat umah yang xbalik kampung, dapatla berkawan dalam 2 3 hari nie, seorang lagi member dah balik utara, lama gak cutinya....2 minggu, best giler kalo dapat cuti macam 2 kan....semasa pegi ke Mid adela amik beberapa keping gambo untuk website dan amik sikit video untuk tetapan umum, kali nie ada bermacam-macam gerai die buat dan agak macam suasana kampung, meriahla juga sehingga ke hari ini, ade jual caligraphy, ade jual buah, ade jual singa, ade jual gula-gula tarik.....dan macam2 lagi, meriah la termasuk yang bukan cina mcam aku nih...hahaha...untung Malaysia ada bermacam2 kaum, dah 2 banyak pulak public holiday.....

so boleh la tgk video kat bawah nie, video nie amik dekat centre court Mid Valley, meriahkan



dan yang nie pulak kat The Garden Mid Valley,  bangunan sebelahnya, tp untuk gambar cantik bole layari website http://www.estamysite.com/ kat situ ade gambar jelas dan macam2 bole tgk...



Kali nie jalan2 cuci mata jer, nak beli barang-barang sendiri pun xle nak beli, sebab nak kene simpan duit sikit, manalah tau nak guna kecemasan, nak beli hadiah bestday orang lain pun xdapat, belek2 kasut croc baru pun masih xdpt nak beli, maybe later sebab xpenting sangat nak beli...

ciankan, kan best kalo ade orang yang  teman, xdela bosan sangat..

Thursday, February 03, 2011

3 Februari 2011

Salam

Hujan pun dah berhenti, hari pun dah panas, nasibla baik kerana tidak ditimpa musibah banjir diPJ ini, hanya hujan sepanjang hari pada hari ahad lepas yang mengakibatkan tempat-tempat lain dilanda limpahan air sungai yang mendadak sehingga banjir dibeberapa kawasan di semenanjung Malaysia ini, negeri yang teruk ialah negeri kelahiranku itu Johor, di daerah tercinta seramai 43 ribu orang terkandas, cian orang Segamat, semoga menjadi sabar dan kuatkan semangat walau harta benda musanah sama sekali, lagi2 barang tersayang dan nyawa anak beranak.

Begitulah kisahnya ditempat orang sekarang, banjir..banjir..banjir dan banjirr, disemasa menyambut Tahun Baru Cina 2011 yang tidak beberapa meriah diKuala Lumpur ini, kebanyakan jiran-jiranku tidaklah menampakkan suasana perayaan yang berlaku pada tahun ini, adakah dengan kenaikan harga barang dan permintaan limau yang berkurangan, tidak juga dengan bunga api yang semakin suram, mcam xde bunyi langsung dihadapan rumahku.. Sempat juga tadi kuar sekejap ke Mid Valley Mega Mall untuk membeli sedikit barang dapur, taulah raya cina nie bukan ade kedai yang bukak nak beli barang, boleh tahan juga kat situ, masih banyak kedai yang buka dan dilihat orang berbangsa Cina ini masih membeli belah dengan keluarga seperti tiada apa2 yang berlaku di hari perayaan ini, anak-anak mereka seperti tidak merayakan Tahun baru ini seperti kanak-kanak yang berada dikampung halaman.

Tahun demi tahun seperti yang kita lihat mmg beberapa perayaan sekarag tidaklah semeriah perayaan yang kita sambut pada tahun 80an dan 90an, masa itu boleh dikatakan suasana amat-amat bagus, kerana berbagai-bagai kerenah yang boleh dilihat dimerata-rata tempat di KL dan PJ dan ditempat2 lain... masa itu maybe dengan harga barang yang murah dan gaji juga lumayan membolehkan membeli apa-apa sahaja yang kita mahu....

Sekarang ini apa harus kita buat, berjimat pun masih tidak cukup, hutang semakin banyak dan pelbagai benda perlu dibayar sehinggakan toilet pun kene bayar.....apa lagi yang tidak dapat dibuat walaupun mempunyai duit yang banyak tapi tidak bererti pada diri dan keluarga...

Pada yang berduit banyak anda seharusnya bersyukur kerana tidak perlu menagih kerja-kerja yang berat dan bergaji rendah, kasihan kepada mereka yang membanting tulang sehingga malam untuk mencari sesuap nasi dan perlu menyimpan untuk jangka masa yang panjang, diharap pada masa hadapan pihak yang bertanggungjawab dapat menjalankan tugas dengan baik dan ekonomi menjadi seimbang seperti waktu dahulu.

Saturday, January 29, 2011

29 Januari 2011

Salam

Sambil menyedut air Mcd Frizz, hmm sedapnya...air limau + ngan sprite, nasib baik xsakit perut minum lak malam2 cengini kan, sambil2 mendengar mp3 diPc bruk nie, apepun sedap didengar kerana soundcard yang agak meletup harganya dipasaran.....nak sedap kene lah mahal, yang mahal pula sebab nak sedap....tul x.... menjadi kebiasaan yang mahal menjadi pilihan kerana tahan lama dan berkualiti...

Begitulah seperti kerja-kerja yang dilakukan mesti baik kerana bayaran gaji yang dibayar untuk mendapatkan kualiti sebenar, KPI menjadi ukuran bagi setiap kerja-kerja yang dilakukan, ape itu KPI?, KPI ialah Key Performance Index yang menjadi kegilaan org penjawat awam masa kini, xde KPI, maka xdela kenaikan gaji, tiada kenaikan pangkat, tiada sokongan dan macam2 lagi...Kerana KPI manusi menjadi mesin kepada kerja-kerja yang dibuat, dari tiada target kepada pencapaian yang drastik...kate orang kerja mau bagus kalo mau orang suka.....

Kerja macam nak mati, tp xdihargai, persoalan yang selalu ditimbulkan oleh orang-orang yang tidak puas hati dengan kerja yang dibuat, so macam mana nak handle perkara macam nie, perlu ke tepukla dada tanya selera, adakah kita dah buat betul-betul dan mengikut procedur yang betul?, Sudah selidik ke saluran-saluran yang perlu dilalui sebelum mengadakan satu masalah yang akan bakal timbul, elok xde masalah kang dok cari masalah...apakah salah ketua atau salah pekerja?

Cuba kembali semua ke tempat di mana kita di interbiu oleh orang-orang yang menanya kan soklan pada kita..." adakah encik boleh buat kerja dengan baik dan sanggup buat apa sahaja dari semasa ke semasa, dan apa yang encik boleh berikan kepada kolej ini jika encik terpilih untuk bekerja di kolej ini? ", dah tentu masa itu semua orang dah lupa kan, kasihanlah peserta-peserta interbiu yang tidak berjaya itu, apakah perasaan mereka jika mereka tidak terpilih untuk menjadi pekerja yang mereka inginkan.....rezeki mendapat pada kita dan kita masih merungut itu dan ini.....

Bila bertukar boss itu dan boss ini, sekali lagi mendapat pelbagai respon, ade yang baik....ada yang tidak, menjadi ketua tidakla merupakan satu perkara yang kita inginkan, lebih baik jadi pangkat besar tanpa menyusahkan orang lain, apabila berlaku, orang pasti tidak menyukai kita lagi...."ohh aku telah dimark", susahla mcam nie, mesti selagi die ada, mesti xle nak dapat bagus, dah kene markla katakan.....so ape yang perlu kita buat ialah, lebih baik buat bodo jer, ingat kita nie kuli, die tu boss, gaji ciput jgn dok lawan gaji sekarung, die marah bergaji besar, kita marah dapat ape, surat amaran, anda nak ker.....lebih baik diam.

Kita seharus pk jika kita jadi ditempat mereka, adakah kita akan buat perkara yang sama, tidak mustahil, maybe 1000% lebih sama, xcaya, cuba beri seminggu jadi boss, mesti kita buat benda yang sama, cuba pk jika orang bawahan xbuat kerja boss yang pening kepala.....samala juga jika kita jadi boss, student mogok kita juga yang kena...tul x......ape ape pun perkara ini dah sebati dalam kerja-kerja seharian xkira di mana-mana organisasi di tempat kita ini.....

Cuma satu sahaja kita boleh ikhtiar, dengan doa yang ikhlas dan mustajab sahaja, akan menjadi pendiding supaya kita menjadi orang yang sabar maka Allah akan permudahkan urusan dan dimurahkan rezeki, biarlah kita ditindas, bukan boss kita yang nak judge kita, Allah la yang terbaik, kerana setiap perkara yang berlaku adalah takdir Allah yang Maha Esa,janganlah kecewa dan merasa  rendah diri...kerana kita hidup di dunia ini bukannya lama......jika Allah lebih sayangkan kita nanti, ingatla bahawa ramai diantara kita akan mengingati jasa baik dan hati budi kita....kemudian hari......tul x....

*PS - xelok kita musuh2 nie, bila boss bagi kerja buat jer, kalo xle buat, buat mana yang mampu, kalo kene marah, dengar je buat pekak....ok.......janji gaji xkene potong suda......peace......ohh shopping centre pengubat sakit di opis.....

Monday, January 24, 2011

24 Januari 2011

Salam,

Hampir 2 minggu aku tidak menulis blog, nak kate malas 2 xdelah sangat, sebenarnya, nak kat emneyampah pun xde sebenarnya, tp sejak semenjak nie macam xberapa semangat sangat nak buat kerja2 kat opis, dah la pegi balik kerja pun masa xberapa tetap sangat dah.....tau2 dah penat sana sini.....siang jadi malam, keje xabis2 ker...hmmm ape nak buat..

Baru minggu lepas dengan semena2 aku nie bole kene angin plak, sampai termuntah2, melahar kuar segala tom yam ke lantai bilik air umah, kepala pulak mcam dah pening-pening nak pitam, kan bagus kalo ade orang take care aku nie......entahlah..sampai sekarang masih macam nie, xde ape2 yang berlaku, nak scandel pun xde peluang, ceh..melawak hari2 nak senangkan hati.....entahlah.....pening memikirkannya...lebih baik lupakan semua 2, dan baik tgk je dari xdapat tgk langsung, nanti sendiri yang kena...

Untuk hari nie kira okalah, setelah siapkan semua kerja pagi td, aku cabut je balik umah, malas nak tunggu, kalo tunggu pun bukan ada faedah, sebab nanti waktu bekerja terlebih, kalo terlebih bukan boleh dapat cuti free pun...kalo short baru gila2 nak potong cuti.....kelakar tul hari nie jer siap kene thumprint ngan punch card, kalo kompeni luar tgk mesti kene gelak.......inilah gayanya kalo orang perempuan kalo jadi ketua, terlalu sangat memikirkan perkara remeh temeh.....sebenarnya benda 2 xperlu pun xper, kate ikut integriti.... lantaklah.....asalkan orang xlari sudah.....

Nie xtau nak tulis ape lagi..hujan kat luar mencurah2, sejuk sikit halaman umah aku nie, sambil dengar2 lagu korea yang amik kat bilik media kolej, dari buat benda2 xok........baik hayati nada lagu...sekuang2 hati xsakit...sampai bila nak macam nie.....bila nak start berubah nie........tolong bgtau bila bole start...

*besok gaji.....terubat juga poket ku ini.....ade sape2 nak belanja x....

Monday, January 10, 2011

10 Januari 2011

Salam

Pagie2 lagi dah rush ke opis, suasana gelap pagie yang sejuk menyegarkan muka aku ini....... sampai jer, ramai lagi yg lom sampai, maklumla ade jadual baru, org kata fleksibel, tp sebenarnya xlah berapa feksibel, bagi lecturer oklah, tp bagi student ok ker.... perlu ke kelas dari awal pagi hingga ke tengah malam.... pelikkan, sepatutnya jika kelas pagi cancel baru lah kelas malam dibuat, nie x sepanjang hari di buat kelas, konon nak membantu student2 lebih maju ke hadapan dalam pelajaran...

Jadual anjal juga ade pro dan cons nya, bagi yang duduk sejengkal untung la, yang duduk jauh dari kolej, camne pulak, maybe sukar kalo nak dtang awal pagi dan balik, lepas 2 datang balik pada waktu malam nak buat kelas dari jam 8 hingga jam 10 mlm.....

Ade yang meroyan, ade yang tidak puas hati, ade juga yg hapi, sebab bole balik suka hati dan masuk suka hati....tetapi masih ade rules yang perlu dipatuhi........dah fleksibel tp masih ade rules pulak, baik xyah buatkan, menyusahkan semua org, normal lebih baik.....

Bagi student ini merupakan satu pengorbanan, lebih2 lagi gagal untuk memilih lecturer sendiri, waktu yang telah disusun oleh KP, patutnya dibuat secara automatic, kelas sedia ada tidak boleh di pindah2 kan, makan sekali telan macam ular sawa - macam2 luahan bole dilihat di facebook student, tension, penat, tidak dapat bersukan, nak solat pun susah dan lain2 lagie...

entahla sampai bila kolej nie nak berubah2 jadualnya, yang pasti ia bukan idea dari satu sumber kerana sistemnya agak berterabur serta fail meja yang gagal disediakan diatas meja.....hahaha...ape nak jadila ngan bangsa sendiri nie, bila gagal , meroyan xtentu pasal.........pening2....

p/s - amat penting mendengar pendapat org lain dahulu sebelum membuat keputusan, jgn anggap keputusan kita itu betul, kerana yang betul itu lah , perkara yang salah akan lebih banyak muncul