Saturday, January 29, 2011

29 Januari 2011

Salam

Sambil menyedut air Mcd Frizz, hmm sedapnya...air limau + ngan sprite, nasib baik xsakit perut minum lak malam2 cengini kan, sambil2 mendengar mp3 diPc bruk nie, apepun sedap didengar kerana soundcard yang agak meletup harganya dipasaran.....nak sedap kene lah mahal, yang mahal pula sebab nak sedap....tul x.... menjadi kebiasaan yang mahal menjadi pilihan kerana tahan lama dan berkualiti...

Begitulah seperti kerja-kerja yang dilakukan mesti baik kerana bayaran gaji yang dibayar untuk mendapatkan kualiti sebenar, KPI menjadi ukuran bagi setiap kerja-kerja yang dilakukan, ape itu KPI?, KPI ialah Key Performance Index yang menjadi kegilaan org penjawat awam masa kini, xde KPI, maka xdela kenaikan gaji, tiada kenaikan pangkat, tiada sokongan dan macam2 lagi...Kerana KPI manusi menjadi mesin kepada kerja-kerja yang dibuat, dari tiada target kepada pencapaian yang drastik...kate orang kerja mau bagus kalo mau orang suka.....

Kerja macam nak mati, tp xdihargai, persoalan yang selalu ditimbulkan oleh orang-orang yang tidak puas hati dengan kerja yang dibuat, so macam mana nak handle perkara macam nie, perlu ke tepukla dada tanya selera, adakah kita dah buat betul-betul dan mengikut procedur yang betul?, Sudah selidik ke saluran-saluran yang perlu dilalui sebelum mengadakan satu masalah yang akan bakal timbul, elok xde masalah kang dok cari masalah...apakah salah ketua atau salah pekerja?

Cuba kembali semua ke tempat di mana kita di interbiu oleh orang-orang yang menanya kan soklan pada kita..." adakah encik boleh buat kerja dengan baik dan sanggup buat apa sahaja dari semasa ke semasa, dan apa yang encik boleh berikan kepada kolej ini jika encik terpilih untuk bekerja di kolej ini? ", dah tentu masa itu semua orang dah lupa kan, kasihanlah peserta-peserta interbiu yang tidak berjaya itu, apakah perasaan mereka jika mereka tidak terpilih untuk menjadi pekerja yang mereka inginkan.....rezeki mendapat pada kita dan kita masih merungut itu dan ini.....

Bila bertukar boss itu dan boss ini, sekali lagi mendapat pelbagai respon, ade yang baik....ada yang tidak, menjadi ketua tidakla merupakan satu perkara yang kita inginkan, lebih baik jadi pangkat besar tanpa menyusahkan orang lain, apabila berlaku, orang pasti tidak menyukai kita lagi...."ohh aku telah dimark", susahla mcam nie, mesti selagi die ada, mesti xle nak dapat bagus, dah kene markla katakan.....so ape yang perlu kita buat ialah, lebih baik buat bodo jer, ingat kita nie kuli, die tu boss, gaji ciput jgn dok lawan gaji sekarung, die marah bergaji besar, kita marah dapat ape, surat amaran, anda nak ker.....lebih baik diam.

Kita seharus pk jika kita jadi ditempat mereka, adakah kita akan buat perkara yang sama, tidak mustahil, maybe 1000% lebih sama, xcaya, cuba beri seminggu jadi boss, mesti kita buat benda yang sama, cuba pk jika orang bawahan xbuat kerja boss yang pening kepala.....samala juga jika kita jadi boss, student mogok kita juga yang kena...tul x......ape ape pun perkara ini dah sebati dalam kerja-kerja seharian xkira di mana-mana organisasi di tempat kita ini.....

Cuma satu sahaja kita boleh ikhtiar, dengan doa yang ikhlas dan mustajab sahaja, akan menjadi pendiding supaya kita menjadi orang yang sabar maka Allah akan permudahkan urusan dan dimurahkan rezeki, biarlah kita ditindas, bukan boss kita yang nak judge kita, Allah la yang terbaik, kerana setiap perkara yang berlaku adalah takdir Allah yang Maha Esa,janganlah kecewa dan merasa  rendah diri...kerana kita hidup di dunia ini bukannya lama......jika Allah lebih sayangkan kita nanti, ingatla bahawa ramai diantara kita akan mengingati jasa baik dan hati budi kita....kemudian hari......tul x....

*PS - xelok kita musuh2 nie, bila boss bagi kerja buat jer, kalo xle buat, buat mana yang mampu, kalo kene marah, dengar je buat pekak....ok.......janji gaji xkene potong suda......peace......ohh shopping centre pengubat sakit di opis.....

No comments: