Thursday, February 03, 2011

3 Februari 2011

Salam

Hujan pun dah berhenti, hari pun dah panas, nasibla baik kerana tidak ditimpa musibah banjir diPJ ini, hanya hujan sepanjang hari pada hari ahad lepas yang mengakibatkan tempat-tempat lain dilanda limpahan air sungai yang mendadak sehingga banjir dibeberapa kawasan di semenanjung Malaysia ini, negeri yang teruk ialah negeri kelahiranku itu Johor, di daerah tercinta seramai 43 ribu orang terkandas, cian orang Segamat, semoga menjadi sabar dan kuatkan semangat walau harta benda musanah sama sekali, lagi2 barang tersayang dan nyawa anak beranak.

Begitulah kisahnya ditempat orang sekarang, banjir..banjir..banjir dan banjirr, disemasa menyambut Tahun Baru Cina 2011 yang tidak beberapa meriah diKuala Lumpur ini, kebanyakan jiran-jiranku tidaklah menampakkan suasana perayaan yang berlaku pada tahun ini, adakah dengan kenaikan harga barang dan permintaan limau yang berkurangan, tidak juga dengan bunga api yang semakin suram, mcam xde bunyi langsung dihadapan rumahku.. Sempat juga tadi kuar sekejap ke Mid Valley Mega Mall untuk membeli sedikit barang dapur, taulah raya cina nie bukan ade kedai yang bukak nak beli barang, boleh tahan juga kat situ, masih banyak kedai yang buka dan dilihat orang berbangsa Cina ini masih membeli belah dengan keluarga seperti tiada apa2 yang berlaku di hari perayaan ini, anak-anak mereka seperti tidak merayakan Tahun baru ini seperti kanak-kanak yang berada dikampung halaman.

Tahun demi tahun seperti yang kita lihat mmg beberapa perayaan sekarag tidaklah semeriah perayaan yang kita sambut pada tahun 80an dan 90an, masa itu boleh dikatakan suasana amat-amat bagus, kerana berbagai-bagai kerenah yang boleh dilihat dimerata-rata tempat di KL dan PJ dan ditempat2 lain... masa itu maybe dengan harga barang yang murah dan gaji juga lumayan membolehkan membeli apa-apa sahaja yang kita mahu....

Sekarang ini apa harus kita buat, berjimat pun masih tidak cukup, hutang semakin banyak dan pelbagai benda perlu dibayar sehinggakan toilet pun kene bayar.....apa lagi yang tidak dapat dibuat walaupun mempunyai duit yang banyak tapi tidak bererti pada diri dan keluarga...

Pada yang berduit banyak anda seharusnya bersyukur kerana tidak perlu menagih kerja-kerja yang berat dan bergaji rendah, kasihan kepada mereka yang membanting tulang sehingga malam untuk mencari sesuap nasi dan perlu menyimpan untuk jangka masa yang panjang, diharap pada masa hadapan pihak yang bertanggungjawab dapat menjalankan tugas dengan baik dan ekonomi menjadi seimbang seperti waktu dahulu.

No comments: