Wednesday, June 08, 2011

8 Jun 2011

Assalamualaikum,

Lebih sebulan tidak menulis apa2 kat blog nih, rasa malas semakin menebal sejak2 nie, bz ngan kerja pun ade, bermacam2 kerenah nak layan, syukur kerana masih sihat tubuh badan dan masih larat nak bekerja ke sana ke sini.

Cuma hari nie nak kongsi2 bersama semua dalam perjalanan ke United Kingdom pada 21 Mei 2011 yang lepas dimana telah terpilih untuk menghadiri satu sesi kursus berkenaan dengan perubahan pembelajaran yang berlaku di UK.Penerbangan dari Kuala Lumpur (KUL)  ke London Heathrow (HLR) mengambil masa dalam 13 jam perjalanan non stop dengan menaiki Kapal Terbang Boeing 747-400P, boleh la tahan dapat pulak Business Class seat kan, dah rezeki boleh dapat sarung telur nih..memang best la sangat....


departure jam 11.40 mlm waktu malaysia dan tiba di London pada 5.32 pagi waktu London, malaysia dalam lebih kurang pukul 1.30 tengahari lah....huhu...subuh2 kat london dah siang mcm pukul 9 pagie...

Selepas tiba diHeathrow London, Mr Dave datang amik dengan menaiki Ford MPV yang boleh duduk 10 orang dalamnya, besarkan kereta mereka kat sini, siap boleh bercakap lagi kalo melanggar lalu lintas dan had laju di lebuhraya. Kemudian dari London kami dibawa ke Plymouth di Selatan yang jaraknya lebih kurang 450 km dari London...




Singgah sebentar berehat di R & R Jalan menuju ke Exeter

Pengalaman di akhir musim bunga yang dapat dinikmati dengan udaranya yang masih lagi sejuk di luar, lebih kurang 12 darjah pada waktu siang dan 10 darjah pada waktu malam nie, masa nie malam lebih kurang dalam 6 jam sahaja kerana suasana akan merubah keadaan kepada musim panas di UK, di mana siang lebih panjang dari malam iaitu selama 18 jam waktu siang....

Dalam perjalanan yang memenatkan itu, mr dave telah membawa ke tempat yang sukar kita nak temui iaitu di Stoneage. Oleh kerana terlalu awal, maka tidak dapat masuk  ke dalam tempat tersebut, so amik pic kat luar jer.. time nie baru jam 6.30 pagi...


6.30 pagi macam dah pukul 9.30 pagi waktu malaysia


Nasib dapat gambarnya....

So lepas 2, perjalanan  masih lagi jauh iaitu nak menempuh ke bandar Exeter.... bestnya Highway di Uk memang xde tol, dari London ke Plymouth memang xde tol, memang best sangat2...

So bila dah nak sampai Exeter, kami semua pegi breakfast kat Little Chef, banyak ade kat tepi jalan..nak ke Plymouth, ikut kira2 ada dalam 20 lebih kedai breakfast sekitar jalan.




Ada2 jer Mr Dave nie nak main2 kat belakang...hahaha

Lebih kurang 5 1/2 jam perjalanan dari London, kami semua sampai di bandar Plymouth, Negeri kepada Devon dengan selamatnya...orang kat sini panggil County..bukan country tau....maksudnya state atau negeri...


Hotel yang kami duduk, dapat seorang sebilik satu..best..meriah dalamnya, internet pun 150Mbps, laju kan

So kami akan berada di Plymouth dalam 4 hari untuk berkursus dan akan ke London semula pada hari khamis untuk melihat sendiri pejabat EDEXCEL London... hehehe


Bangunan2 lama masih ada, dan mengadap ke muara laut Sungai Plymouth ini..

Okla, nanti sambung lagi jika ada masa.....

Thursday, May 05, 2011

5 Mei 2011

Assalamualaikum

Rasa dah nak dekat sebulan tidak menulis apa2 kat blog nih, mmg xde mood sangat nak tulis dan tidak tahu ape nak dicoretkan..sambil2 mendengar lagu2 korea dikomputer, sambil2 2 baru nak amik mood nak menulis...so kebelakangan nie banyak sangat konpirasi kat tempat keje, lagi2 member2 opis yang suka sangat mengusik aku yang comey ini...comey ke....comeylah...sebab ada orang kate comey bangat.....blushing2 la sensorang kat umah...at least sampai jugak pic 2 kan....sebelum nie xterpk nak buat macam 2.....ape2 pun itu yang terbaik, ade rezeki adalah petunjuk yang baik kemudian hari...xperlula nak gopoh2..nanti sendiri yang kene.....sekuang2nya amik jalan selamat terlebih dahulu....

Dalam minggu nie boleh dikatakan tidak ada sebarang penolakan dari mana2 org, so agak baik la relation dengan member2 dan makcik2 opis nie, so rasala sikit bersyukur + gembira  sikit...sikit kew, bukan banyak kew.....xperlah.....dah takdir nak wat camne....kalo tersangkut nanti pandai2 jaga kan....

Rasanya sejak lepas 7 April 2011, rasa sikit ade banyak perubahan, dulu xdela sangat nak kisah pasal orang lain, tp kali nie mcam org lain amik kisah pasal kita, lagi2 bila post benda bukan2 kat facebook, berlonggok2 comment....nasib je la tulis2, kalo boleh kuar suara, mesti ramai yang nak bersuara....ape2 pun biarlah rahsia, jika ada jalan yang baik, baikla jalan itu......asalkan kekurang diri ini tidak dipersoalkan.....tp rasa bersyukur kerana ada org lain yang lebih kurang upaya nak buat itu ini....

tekan2 iPhone jumpa satu ikon Mashimaro picture edit...so bila buat pic sendiri..mmg nampak comey...huhuhu....blushing sangat.....


comey kan, tgk Mashimaro lari ke arah muka...hahaha.....mwuaaahhh

Monday, April 18, 2011

18 April 2011

Assalamualaikum

Dah setengah bulan April dah, kejap2 panas dan kejap hujan turun dengan lebat sekali, itulah lumrah kehidupan pada waktu ini, rehat 2 hari dan 5 hari bekerja seperti biasa, banyak yang kene buat seperti mengajar dan memberi tugasan kepada pelajar. Cuma dalam beberap minggu nie xde perkara menarik yang berlaku disekitar rumah, cuma perkara pekerjaan sahaja, rasa bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberi peluang untuk hidup dan melakukan kerja2 yang bermanfaat tertutama dalam meberi ilmu kepada masyarakat.

Terima kasih kepada Allah S.W.T kerana masyarakat diluar sana masih menganggap diri ini sebagai satu daripada agen yang memberi kemudahan kepada mereka, lagi2 yang memerlukan pertolongan yang tidak seberapa, kekadang menggangap diri ini tidak berguna dan menyusahkan orang lain, tul kan. Tetapi mereka lebih gemar menyakat diri ini dengan gelak dan ketawa serta gurau senda. Rasa mcm dah xlaku dah sebab rasa mcm dah nak tua, siapa2 pun xnak kalo dipelawa keluar......dari disakiti lebih baik buat sendiri, xyahla nak merintih kepada yang susah nak dapat, buat pe kan orang xsudi...yang ada pun jual mahal....

Kerana kudrat ini masih lagi kuat, tidak terpikir nak buat apa2 yang drastik, malas nak pk masa depan,xtau ape akan jadi lepas nie, rase mcm tengelam jer, bila tgk diri sendiri mcm dah besar, gemuk ke, hahaha, pasti kuat makan, kerana selera makan yang kuat.....xle tahan...sorryla kalo xberkenan...xpaksa pun....

Bestnya mendengar musik dari Yiruma - Kiss The Rain, bunyi2 piano yang asik, tenang jer kalo dengar, kalo rajin download lah di internet sebab lagu2 yang dimainkan Yiruma ini amat menyentuh perasaan, lagi2 kepada mereka yang rasa kurang  tenang, lagu ini bole menjadi terapi kepada kita dengan alunan musik piano yang  enak...boleh dengar seperti video di bawah: -

Sunday, April 10, 2011

10 April 2011

Assalamualaikum - versi betul....

Hampir sebulan tidak menulis apa2 kat blog nie, rasa malas pun ada sebenarnya, xtau ape nak ditypekan kat sini, xde sangat cite2 menarik yang aku ada setakat nie, membosankan ada lah, rutin macam biasa....walaupun umur dah meningkat pada 3 hari lepas.....semua perkara masih sama dan tiada yang merubah kehidupan buat masa nie...

Tapi tahun nie agak meriah la sikit, ada juga ramai orang yang nak menyambut Bestday aku ini, boleh tahan juga kepada yang memberi hadiah, terima kasih banyak2 kerana memberi sesuatu yang amat berharga ke pada diri ini, walaupun xseberapa, tetapi mempunyai nilai yang amat bererti.

Berikut adalah gambar2 sempena sambutan hari kelahiran yang ke 32...... tua dah kan, patutla xde sape nak...hahaha..xperla......redha jer dengan ketentuanNya...










Gambar yang lain boleh tengok kat facebook jer...... 2 je lah...ape pun memang hepi sangat2


Saturday, March 19, 2011

19 Mac 2011

Salam

Seminggu dah berlalu dengan banyak perkara dan banyak juga cenkadak ditempat kita berada, xkira lah di opis atau di rumah, semua ada pelbagai kerenah...hmmm..sepatutnya hari ini dah sampai ke benua Eropah dan bersedia dengan kertas kerja bersama dengan Edexcel tetapi telah dicancelkan oleh mereka2 yang tidak bertanggungjawab..entahla..banyak sangat orang2 yang nak mendengki dalam ke luar negara nie, lebih2 lagi kalo xnak bangsa sendiri maju ke hadapan, tgk je org nak ke obersea mulala gedik sana sini, cari jalan nak pergi kalo boleh, begini lah apa kata kita cadang semua orang yang bekerja pegi oversea setahun sekali dengan potong gaji mereka, mau x...potong je gaji dah mula meroyan xtentu pasal, itu yang tetap, yang xkerja tetap lagi 100 kali meroyan nak kerja tetap...ape lah..rezeki Allah S.W.T xkemana kalo ada rezeki, kita seharusnya berdoa dan bersyukur kepadaNya kerana limpahan nikmatNya yang tidak terhingga...

Hmm malas lah nak ungkit2 semua 2, siapa yg xdpt pergi 2, doa2 lah dapat pergi....mana la tau ade tempat yang lebih baik, xpun simpan je duit banyak, lepas 2 pegi....

Oleh kerana Sony Convention 2011 dah habis minggu lepas, so video yang ade Mod Dance baru je siap diuploadkan berserta dengan video2 yang lain....boleh tgk kat bawah....





Seminar Photo Jurnalism oleh Mr Shamsuddin, dia nie memang popular kalo amik gambar dipaper2 Malaysia..hebatkan



Dan dibawah nie terakhir...mod dance oleh budak2 yang diupah oleh Sony Malaysia



Selamat Menonton...hahaha...hebatla Bloggie..HD

Sunday, March 13, 2011

13 Mac 2011



Salam

Aduhh penatnya kejar ke sana ke mari, dengan persiapan untuk kursus sehingga lah ke Konvensyen Sony 2011 yang berlangsung selama 3 hari bermula pada jumaat lepas sehingga hari ini, masih ada short course yang masih tengah berjalan pada waktu ini, sambil2 meluangkan masa didalam hall 1, baik aku menulis sedikit mengenai course yang diberikan oleh Photographer2 Professional dari seluruh negara.

Hebat2 juga org melayu kita, dari segi memberi maklumat dan perkongsian ilmu mengenai peralatan photography, mereka juga lebih kepada memurnikan profession mereka ke tahap yang maximum, orang2 yang hebat dari pakar macrography sehingga kepada Dokumentari Jurnalist atau wartawan dokumentari serta dari majalah terkemuka seperti National Geography serta Proffesional Wedding, yang menggunkan teknoloi lighting kepada effect yang lebih menarik untuk dijadikan muka hadapan majalah utama seperti CLEO dan sebagainya...

Dibawah ialah salah seorang yang memberi seminar iaitu Rizal Ismail yang pakar mengenai system Phtography secara Macro - Seminar Macrography ini amat bagus kerana ia lebih detail kepada sesuatu objek yang terlalu kecil.Lihat video dibawah



Selepas itu Seminar diberikan oleh Khairul Azhar juga amat baik mengenai composition dalam landscape Photography. Lihat Video dibawah



Banyak lagi Seminar yang dijalankan pada hari sabtu dan hari ini, masih lagie belum mengupload ke youtube, cuma selingan tarian jawa sahaja yang sempat diupload kan seperti video dibawah



Memang senorok sebab seminar yang dijalankan adalah percuma, makan diberi dan boleh dapat butang baju sony dan accessories camera yang comel2...

Saturday, March 05, 2011

5 Mac 2011

Salam

Dah bulan Mac pun, tdo makan tdo makan cepat je masa berlalu dengan cepat, hmmm bagusla bagi mereka yang merancang hidup dengan baik dan teratur, masih ada yang tercicir dengan hidup yang tidak menentu, masih mengharap sesuatu berlaku agar masalah dapat diperbaiki dan hidup lebih bahagia.

Xsedar sejak beberapa hari nie kelihatan agak sibuk dengan kerja serta kelas yang diamanahkan untuk mengajar, sesi kursus di MKM berjalan dengan lancar pada isnin dan selasa lepas dan diikut dengan kedatangan UNQ ke tempat kerja dalam menjalan tugas-tugas rasmi yang telah ditetapkan kepada mereka dalam memantau kualiti sebuah organisati yang sedang berjalan.

Mungkin nasib tidak menyebelahi mereka-mereka itu kerana feedback yang diberikan adalah telus dan munasabah kerana majoriti yang memberi komen adalah agak sama, oleh itu sebarang maklumat yang diberikan seharusnya diambil perhatian besar oleh sebuah organisasi seperti ini, maka janganlah menitiskan air mata ketika pendapatan maklumat yang dibentangkan agak tidak memberangsangkan.

Maka harusla tersedar dari mimpi-mimpi indah serta kembali kepada yang mudah tetapi amat bermakna bagi semua, janganla terlalu mengejar sesuatu tanpa mendengar sedikit cadangan yang dikemukan oleh orang bawahan, akibatnya tersungkur kehadapan dengan cemerlangnya.

Desas desus mengatakan keputusannya adalah sederhana sahaja dan tidak pula menjadi sebab jika pihak pengurusan tertinggi akan mengambil tindakan secara drastik kepada pihak yang bertanggung jawab, so kene jawabla yer...nak wat camner, nasi dah jadi bubur.....

Sabar dalam menghadapi kenyataan dan anggap saja sebagai teladan semoga dimasa hadapan ia akan lebih baik...