Assalamualaikum,
Lebih sebulan tidak menulis apa2 kat blog nih, rasa malas semakin menebal sejak2 nie, bz ngan kerja pun ade, bermacam2 kerenah nak layan, syukur kerana masih sihat tubuh badan dan masih larat nak bekerja ke sana ke sini.
Cuma hari nie nak kongsi2 bersama semua dalam perjalanan ke United Kingdom pada 21 Mei 2011 yang lepas dimana telah terpilih untuk menghadiri satu sesi kursus berkenaan dengan perubahan pembelajaran yang berlaku di UK.Penerbangan dari Kuala Lumpur (KUL) ke London Heathrow (HLR) mengambil masa dalam 13 jam perjalanan non stop dengan menaiki Kapal Terbang Boeing 747-400P, boleh la tahan dapat pulak Business Class seat kan, dah rezeki boleh dapat sarung telur nih..memang best la sangat....
departure jam 11.40 mlm waktu malaysia dan tiba di London pada 5.32 pagi waktu London, malaysia dalam lebih kurang pukul 1.30 tengahari lah....huhu...subuh2 kat london dah siang mcm pukul 9 pagie...
Selepas tiba diHeathrow London, Mr Dave datang amik dengan menaiki Ford MPV yang boleh duduk 10 orang dalamnya, besarkan kereta mereka kat sini, siap boleh bercakap lagi kalo melanggar lalu lintas dan had laju di lebuhraya. Kemudian dari London kami dibawa ke Plymouth di Selatan yang jaraknya lebih kurang 450 km dari London...
Singgah sebentar berehat di R & R Jalan menuju ke Exeter
Pengalaman di akhir musim bunga yang dapat dinikmati dengan udaranya yang masih lagi sejuk di luar, lebih kurang 12 darjah pada waktu siang dan 10 darjah pada waktu malam nie, masa nie malam lebih kurang dalam 6 jam sahaja kerana suasana akan merubah keadaan kepada musim panas di UK, di mana siang lebih panjang dari malam iaitu selama 18 jam waktu siang....
Dalam perjalanan yang memenatkan itu, mr dave telah membawa ke tempat yang sukar kita nak temui iaitu di Stoneage. Oleh kerana terlalu awal, maka tidak dapat masuk ke dalam tempat tersebut, so amik pic kat luar jer.. time nie baru jam 6.30 pagi...
6.30 pagi macam dah pukul 9.30 pagi waktu malaysia
Nasib dapat gambarnya....
So lepas 2, perjalanan masih lagi jauh iaitu nak menempuh ke bandar Exeter.... bestnya Highway di Uk memang xde tol, dari London ke Plymouth memang xde tol, memang best sangat2...
So bila dah nak sampai Exeter, kami semua pegi breakfast kat Little Chef, banyak ade kat tepi jalan..nak ke Plymouth, ikut kira2 ada dalam 20 lebih kedai breakfast sekitar jalan.
Ada2 jer Mr Dave nie nak main2 kat belakang...hahaha
Lebih kurang 5 1/2 jam perjalanan dari London, kami semua sampai di bandar Plymouth, Negeri kepada Devon dengan selamatnya...orang kat sini panggil County..bukan country tau....maksudnya state atau negeri...
Hotel yang kami duduk, dapat seorang sebilik satu..best..meriah dalamnya, internet pun 150Mbps, laju kan
So kami akan berada di Plymouth dalam 4 hari untuk berkursus dan akan ke London semula pada hari khamis untuk melihat sendiri pejabat EDEXCEL London... hehehe
Bangunan2 lama masih ada, dan mengadap ke muara laut Sungai Plymouth ini..
Okla, nanti sambung lagi jika ada masa.....
No comments:
Post a Comment