Saturday, March 05, 2011

5 Mac 2011

Salam

Dah bulan Mac pun, tdo makan tdo makan cepat je masa berlalu dengan cepat, hmmm bagusla bagi mereka yang merancang hidup dengan baik dan teratur, masih ada yang tercicir dengan hidup yang tidak menentu, masih mengharap sesuatu berlaku agar masalah dapat diperbaiki dan hidup lebih bahagia.

Xsedar sejak beberapa hari nie kelihatan agak sibuk dengan kerja serta kelas yang diamanahkan untuk mengajar, sesi kursus di MKM berjalan dengan lancar pada isnin dan selasa lepas dan diikut dengan kedatangan UNQ ke tempat kerja dalam menjalan tugas-tugas rasmi yang telah ditetapkan kepada mereka dalam memantau kualiti sebuah organisati yang sedang berjalan.

Mungkin nasib tidak menyebelahi mereka-mereka itu kerana feedback yang diberikan adalah telus dan munasabah kerana majoriti yang memberi komen adalah agak sama, oleh itu sebarang maklumat yang diberikan seharusnya diambil perhatian besar oleh sebuah organisasi seperti ini, maka janganlah menitiskan air mata ketika pendapatan maklumat yang dibentangkan agak tidak memberangsangkan.

Maka harusla tersedar dari mimpi-mimpi indah serta kembali kepada yang mudah tetapi amat bermakna bagi semua, janganla terlalu mengejar sesuatu tanpa mendengar sedikit cadangan yang dikemukan oleh orang bawahan, akibatnya tersungkur kehadapan dengan cemerlangnya.

Desas desus mengatakan keputusannya adalah sederhana sahaja dan tidak pula menjadi sebab jika pihak pengurusan tertinggi akan mengambil tindakan secara drastik kepada pihak yang bertanggung jawab, so kene jawabla yer...nak wat camner, nasi dah jadi bubur.....

Sabar dalam menghadapi kenyataan dan anggap saja sebagai teladan semoga dimasa hadapan ia akan lebih baik...

No comments: