21 Oktober 2010
Salam...
"So ko hengat ko hebat, lantak ko lah", ayat2 yang biasa digunakan orang apebila ade perasaan tension, semua orang disalahkan, diri die je la yang betul. Sekarang nie banyak benda yang boleh menimbulkan kemarahan orang lain. Kekadang kita nie perlu sikit muhasabah diri, jangan nak dok pekena orang jer, diri sendiri xsempurna ade hati nak attack orang. So inilah satu daripada penyakit dengki manusia yang menyebabkan orang jenis nie payah nak maju walaupun dah belajar bertingkat2 tinggi macam mangkuk tingkat mak aku... orang dulu sekolah xpandai pun pandai menguruskan masalah2 besar tanpa melibatkan perasaan orang lain. kata-kata yang makan hati untuk diri.....asalkan orang lain gembira.
So dalam minggu2 yang banyak kerja nie, kenala sabar dengan ape yang berlaku kat opis nie, apabila orang yang xpaham situasi cuba nak mengeruhkan lagi situasi yang agak tegang, so paham2 je lah bila boss dah tegur banyak perkara buruk akan berlaku, ape2 pun aku akan mengambil langkah2 bijak supaya xde orang yang akan pijak kepala kita nie, jangan la mengambil jalan pintas dengan mengipas serta mengekon orang yang penting, kelak akan memakan diri sendiri, so secara bijak dan berkelas degree, langkah2 bijak harusla diselesaikan secara teratur dan cepat, siapkan kerja dan selidik ape yang berlaku, bole menyelam minum air sambil menambahkan pendapatan, xsalahkan, asalkan orang suke....tol x.
Kerana perangai yang tidak elok akan menyebakan musim bunga menjadi musim luruh serta ribut taufan yang kuat, silap2 haribulan ade penampar jepun hinggap kat muka, baru padan muka.so bila bekerja jgn la terlalu ego dan sombong, kelak akan tumbuh tumor dalam kelapa hotak korang nanti..
Sekurang2nya lepas melakukan kesalahan diri sendiri jgnla duk pusing muke macam ayam xle berak, kalo diri 2 terasa dah malu, so minta je la maaf depan2 secara professional dan berkarisma, xyah nak rase hebat sangat, kalo anak dato ke, tan sri ke, ape aku peduli, sebagai seorang yang bertanggungjawab harusla dipikul secara baik.
Nah amik serba sedikit luahan perasaan yang terbuku dalam minggu nie, ape2 pun boss kecik aku memang memahami staff2 nya, walaupun ade sedikit mis-communication dari orang atas, tapi xpe, kerana kehandalan dalam menguruskan masalah itu lebih penting dan ia dilakukan secara baik tanpa melukakan sesiapa yang mendengarnya, memang susah nak jadi boss, lgpun perlu mentaliti yang kuat serta badan yang sihat bagi menerima sebarang "Fire" dari luar.....aku tabik satu pada puan R dari dulu mmg hebat...
Minggu nie secara baiknya aku telah menyiapkan kerja2 yang banyak walaupun ditegur oleh boss besar kat bawah, terima kasih kerana memberitahu , kalo xbgtau mmgla xtau ape nak buat, at least penyampaian dari boss 2 amatla penting, bukan die nak marah, tp die concern pasal benda2 yang selalu sangat jadi masalah, kalo benda 2 elok xdela die tegur. so aku telah buat dengan baik dan die suke, ok la 2.......kesian juga bila tgk semalam die balik jam 7.00 malam, sensorang lak 2 kat opis, mmg berani, kalo tempat lain maybe ade lah....dalam 10% - 20% big boss pempuan yang kerja bagai workaholic nie, demi wawasan anak bangsa tercapai.
Hari nie hari last interbiu untuk kolej2 baru dalam jabatan bumiputera nie, so gud luck kepada mereka yang berjaya dalam ujian amali dan inerbiu bersama boss2 yang hebat2, usaha tangga kejayaan korang akan membawa kesan kepada anak jiwa bangsa bumiputera di seluruh negara Malaysia ini. Tetapi ingat, ade pelbagai onak dan duri menjadi pendidik nie, macam2 perangai orang bole kita jumpa nanti, ade yang ok, ade yang xok, yang ok nak bagi ok dan jgn yg ok jadi xok plak, pening 2...
Kerja-kerja dalaman di bilik 1.08 dan hubungan aku dengan member ok setakat ini, cuma xle nak berparty2 sangat la, nak gelak sakan xde peluang, atas meja penuh dengan kertas2 ujian dan tugasan, semuanya dah siap untuk dinilai dan dikey in kedalam pc dan dihantar sebelum 30hb Oktober 2010. xtau la nak buat camne lagi kalo dah memang dah malas nak belajar. Kalo xminat dulu, cuba pikirkan masa depan korang, nak jadi ape, sikit minat xkanla xde, bila ade peluang je main amik, xpikir ape akan jadi pada mase depan nanti, bila kerja tension, dan komunikasi pulak xbagus, dan asik2 nak mengadu ngan orang lain, sampai bila nak jadi macam 2......kene pikir balik.....
Okla malas aku nak naip lagi, nie pun dah panjang, kalo nak lagi boleh sembang kat luar...hehe..sok malam nak pegi Istana Budaya...ade sape nak ikut.....kal xmuat bole duk dalam tayar bas.....cau cin cau....
No comments:
Post a Comment