Wednesday, June 08, 2011

8 Jun 2011 - jam 8.56pm

Assalamualaikum

Setelah seharian bergerak ke sana sini, badan pun letih....tetiba tgk jam dah 9.00 mlm, ehhh, nape kat luar masih siang, mencank lagi matahari....hmm patutla....dah nak masuk summer....siang lebih panjang dari malam.....okla...tdo pun sedap nih......

Sedar2 dah jam 4 pagi...alamak, masih siang lagi ker.....sedar2 matahari dah macam pukul 7 pagi waktu Malaysia...hahaha...aku tidak dapat tgk malam rupenya....mana la malamnya....dah hilang ker....xperla,solat subuh dulu dan tdo balik....huhuhu...dan bangun jam 7 pagie...... suasana masih sama.....so hari nie nak makan aper...

Jam 4 pagie waktu Plymouth........hahaha siang teramat


Makan la Quacker Oat dan buah-buahan


Makan Tomato, telur yang tidak hanyir langsung, kacang pangang dan Harsh Brown

So dalam pukul 9 baru Mr dave amik kitaorang dengan menaiki teksi berwarna hitam, ingat teksi warna lain xkan berhenti untuk pelancong, teksi hitam sahaja.....sekejap je dah sampai, dalam teksi siap ada CCTV dan speaker, boleh dengar ape driver cakap....hahaha...


Penuh orang dalam nih......

Ni la bentuk teksi hitam tadi...semua sekali 7 pound... mahal gile..


Dapatla mulakan hari pertama di Stoke nie, Business Centre di Plymouth UK...


ni lah Mr Dave, kitaorang punya EV EDEXCEL London...pengalaman banyak dalam mengubal syllabus BTEC, hebatkan....bagusla diaorang nie, bila nak start kerja, kene bagi maklumat 10 minit mengenai keselamatan bangunan, lepas 2 baru kerja...


Betul2 menumpukan sepenuh perhatian......


Cantik betul bangunan mereka kat Stoke nie......

1st day jer dah menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajaran dari NQF ke NCF, kene buat semula pengubalan soalan mengikut kriteria yang di kehendaki oleh BTEC EDEXCEL London, bagi Institut kat Malaysia, mereka semua kene gi kursus yang sama, sebab tahun 2012, semua perkara mengenai HNC dan HND dah bertukar dengan drastiknya.


Hari Pertama tanpa nasi disisi, nanges, makan roti jer.....sedap juga...sebab lapar teramat...

So kursus abis jam 4.30 petang, so Mr Dave terus hantar ke Drake Circus sebab masih belum beli Prepaid O2 kat situ, berbaloi beli prepaid kat UK nih, Free call je sampai 30 menit untuk International Call, untung sangat dan data 1 GB free...just 10 pound jer....





Sedap semua makanan nie, cucu Mr Dave umur 4 tahun yang buat.....bertuah betul..

Sok pulak kita sambung cite untuk hari ke 2 Kursus.....tata




8 Jun 2011 - Jam 9.57am

Assalamualaikum

Marilah sambung balik cerita di Plymouth nie, menarik sangat kalo dapat jalan di tempat orang, lagi2 disponsor kan, xyah bersusah payah nak kuar duit sendiri, tul x... so dapatlah menetap di Jurys Inn kat Bandar Plymouth nie, menarik juga hotel yang di sediakan oleh Mr Dave nie


Dapat juga tdo katil Queen size nie.....cun sangat



Sempat lagik nak online 2........ baru jam 11.00 am di Plymouth...

Petang2 sikit dalam kul 1 dapat juga la berjalan ke pusat2 membeli belah di Plymouth nie, ade macam2 kedai, tp yang best adalah Primark nie, semua baju2 mmg murah kat sini, walaupun harga dalam pound sterling, ada juga pakaian serendah Pound 1...sahaja...



Sebelah kanan 2, adalah Primark...... Bangunan Macam Pavillion diKL, tp sini dikenali sebagai Drake Circus.

See, penuh dah paper beg 2 ngan pakaian yang murah2....Malaysia pun xdpt harga macam nie.....

So dalam kul 3, balik semula ke hotel dan melelapkan mata pada jam 6 ptg, penat yang teramat, sebab baru turun flight dah naik kete selama 5 1/2 nak ke Plymouth...aiyooo, koyak sudah.......


Pic depan Hotel bersama Pn Rosani (Boss)


Pic ngan Aishah (nenek) depan Staple, bukan Stapler yer... sebelah hotel jer


Penuh Omputih berebut2 nak balik umah, kedai2 dah la tutup jam 6 pm , kat Malaysia kalo boleh xmo tutup...hahaha

nanti sambung lagi cerita mengenai kursus pada hari keesokkannya.....di Stoke, Plymouth Business Centre

8 Jun 2011

Assalamualaikum,

Lebih sebulan tidak menulis apa2 kat blog nih, rasa malas semakin menebal sejak2 nie, bz ngan kerja pun ade, bermacam2 kerenah nak layan, syukur kerana masih sihat tubuh badan dan masih larat nak bekerja ke sana ke sini.

Cuma hari nie nak kongsi2 bersama semua dalam perjalanan ke United Kingdom pada 21 Mei 2011 yang lepas dimana telah terpilih untuk menghadiri satu sesi kursus berkenaan dengan perubahan pembelajaran yang berlaku di UK.Penerbangan dari Kuala Lumpur (KUL)  ke London Heathrow (HLR) mengambil masa dalam 13 jam perjalanan non stop dengan menaiki Kapal Terbang Boeing 747-400P, boleh la tahan dapat pulak Business Class seat kan, dah rezeki boleh dapat sarung telur nih..memang best la sangat....


departure jam 11.40 mlm waktu malaysia dan tiba di London pada 5.32 pagi waktu London, malaysia dalam lebih kurang pukul 1.30 tengahari lah....huhu...subuh2 kat london dah siang mcm pukul 9 pagie...

Selepas tiba diHeathrow London, Mr Dave datang amik dengan menaiki Ford MPV yang boleh duduk 10 orang dalamnya, besarkan kereta mereka kat sini, siap boleh bercakap lagi kalo melanggar lalu lintas dan had laju di lebuhraya. Kemudian dari London kami dibawa ke Plymouth di Selatan yang jaraknya lebih kurang 450 km dari London...




Singgah sebentar berehat di R & R Jalan menuju ke Exeter

Pengalaman di akhir musim bunga yang dapat dinikmati dengan udaranya yang masih lagi sejuk di luar, lebih kurang 12 darjah pada waktu siang dan 10 darjah pada waktu malam nie, masa nie malam lebih kurang dalam 6 jam sahaja kerana suasana akan merubah keadaan kepada musim panas di UK, di mana siang lebih panjang dari malam iaitu selama 18 jam waktu siang....

Dalam perjalanan yang memenatkan itu, mr dave telah membawa ke tempat yang sukar kita nak temui iaitu di Stoneage. Oleh kerana terlalu awal, maka tidak dapat masuk  ke dalam tempat tersebut, so amik pic kat luar jer.. time nie baru jam 6.30 pagi...


6.30 pagi macam dah pukul 9.30 pagi waktu malaysia


Nasib dapat gambarnya....

So lepas 2, perjalanan  masih lagi jauh iaitu nak menempuh ke bandar Exeter.... bestnya Highway di Uk memang xde tol, dari London ke Plymouth memang xde tol, memang best sangat2...

So bila dah nak sampai Exeter, kami semua pegi breakfast kat Little Chef, banyak ade kat tepi jalan..nak ke Plymouth, ikut kira2 ada dalam 20 lebih kedai breakfast sekitar jalan.




Ada2 jer Mr Dave nie nak main2 kat belakang...hahaha

Lebih kurang 5 1/2 jam perjalanan dari London, kami semua sampai di bandar Plymouth, Negeri kepada Devon dengan selamatnya...orang kat sini panggil County..bukan country tau....maksudnya state atau negeri...


Hotel yang kami duduk, dapat seorang sebilik satu..best..meriah dalamnya, internet pun 150Mbps, laju kan

So kami akan berada di Plymouth dalam 4 hari untuk berkursus dan akan ke London semula pada hari khamis untuk melihat sendiri pejabat EDEXCEL London... hehehe


Bangunan2 lama masih ada, dan mengadap ke muara laut Sungai Plymouth ini..

Okla, nanti sambung lagi jika ada masa.....