Saturday, February 26, 2011

26 Februari 2011

Salam

Dah 13 hari aku xmenulis apa2 pun kat blog nie, xde mood sangat nak menulis panjang2 dengan kerja opis yang banyak, itu lah ini lah, gossip sana sini, macam2 ada..Sekarang nie bila petang je hujan, dan hujan, selebat2nya hujan hujan....best kalo dapat rehat time2 nie, maklumla kepala semua stress ngan kerja.

Minggu nie jer asik ke HQ, banyak sangat perkara2 penting nak diselesaikan kat sana, ada yang meeting, ade yang nak jual alat, ada yang mengaruk sana sini, ishhh....bosan pun ada....tp nasib baik semua budak2 minggu nie exam accessment 1, lega lah sikit, tp xtaulah mereka nie boleh buat ke x, rasa2 ok x resultnya, td baru je mark paper2 mereka ini, sah sangat mereka ini tidak faham soalan yang diberikan....lain disuruh lain yang dijawapnya.....ape lah nak jadi nie.....senang betul menanda paper, tgk2 campak tepi, tengok2 campak tepi......

Next week ada 2 Course lagi kat MKM 2 hari, lepas 2 ade Convention kat KLCC pada 11 - 13 Mac 2011, masuk jugakla contest photo yang dibuat oleh Sony Malaysia, nasib baik sempat upload awal-awal, upload lebih dari 30 keping gambar dan minta budak2 kolej nie bagi support kat situ, susah gakla nak minta tolong vote, asik2 nak minta benda bukan2.......tolong sikit pun xleh.....

Nak menang 2 harap2 sangat, sebab boleh dapat Transluent punya DSLT baru...bukan lagi DSLR mcm camera yang lama2 tuh, kira zaman2 Alpha 200 & 100, kali nie ade camera NEX 3 dan 5 yang di idam-idam kan, xdpt Alpha 55, dapat NEX pun jadilah.....asalkan camera baru.....

Pasport pun lom pegi amik lagi, xtau lagi comfirm ke x, nak ke London 19 Mac nie......duit pun macam cukup2 makan je nie....pegi sana ade kursus dengan EDEXCEL London, maklumlah 8 tahun dapat gred A, sebagai centre yang berjaya....ape2 pun aku mmg bangga ngan kolej nie, sebab kalo xde kolej nie, maybe xkan berjaya sampai sekarang....huhuhu....

Sunday, February 13, 2011

13 Februari 2011

Salam

Jam dah kul 10.15pm, hujan pun dah berhenti sambil meneguk sparking juice yang sedap bersama cupcakes Big Apple yang diberi percma di Sunway Pyramid...hmmm..sedapnya....Terasa jua mulai bulan ini terasa diri ini mendapat rezeki yang betul2 tuhan nak beri, maybe sebab banyak bersabar dan doa-doa yang telah dimakbulkan oleh Allah S.W.T....syukur dengan pemberiannya yang tidak terhingga..serta semoga mendapat keredaan dariNya....itu lah yang ter baik...

Minggu nie xde kemana-mana sangat cuma semalam ada pergi ker Pavillion dan Farenheit 88 yang terletak di Jalan Bukit Bintang, pegi pun dah petang, ingat nak pergi mencari baju...ade lah juga teserempak dengan beberapa kedai, setelah survey memang cukup nak beli, cuma blom lagi nak beli.....maybe bulan depan kot... macam xsabar pulak....hehehe....sonok sangat......

Jalan-jalan juga tetapi tersambar 2 pasang kasut Croc kat situ, belila jugak sebab cantik, Croc pun tahan dia punya kasut, kat umah ada 6 pasang, semua elok2 lagi....berbaloi gak beli, kene air ke, kene batu ker, xkoyak pun...kalo ganas koyak lah kot....tp dari segi kualiti memang bagus...dan selesa dipakai untuk jalan2 shopping...xsakit belakang...

Hari nie pun xde wat apa2 cuma duk kat rumah, kemas2 dan basuh baju, punggah barang2 dalam almari, buang segala habuk dan susun semula barang bagi cantik sikit, xde la bersepah sana sini, rumah bersih, hati pun senang, cuma barang2 Tupperware dah banyak kat umah nie, ade yang beli, ade yang free, ade yang hadiah...macam2 lagi.....

Tetiba je hujan turun lagi, bestnya malam nie tdo, sejuk sikit, kalo x panas, payah nak tdo....

Sunday, February 06, 2011

6 Februari 2011

Salam

Berakhirnya cuti 4 hari, hmm kejap je cutikan, macam xpuas je nak jalan2, buat kerja2 umah dan buat semua kerja2 opis yang masih belum siap, maklumla musin raya cina yang tidak kurang meriahnya disambut oleh semua bangsa cina di KL nie, sempat lah juga nak jalan2 kat Mid Valley dan The Garden sebab xbalik cuti raya ke kampung sebab banjir. Ada yang balik tp masih kene ikut jalan yang jauh.

Nasibla ada kawan kat umah yang xbalik kampung, dapatla berkawan dalam 2 3 hari nie, seorang lagi member dah balik utara, lama gak cutinya....2 minggu, best giler kalo dapat cuti macam 2 kan....semasa pegi ke Mid adela amik beberapa keping gambo untuk website dan amik sikit video untuk tetapan umum, kali nie ada bermacam-macam gerai die buat dan agak macam suasana kampung, meriahla juga sehingga ke hari ini, ade jual caligraphy, ade jual buah, ade jual singa, ade jual gula-gula tarik.....dan macam2 lagi, meriah la termasuk yang bukan cina mcam aku nih...hahaha...untung Malaysia ada bermacam2 kaum, dah 2 banyak pulak public holiday.....

so boleh la tgk video kat bawah nie, video nie amik dekat centre court Mid Valley, meriahkan



dan yang nie pulak kat The Garden Mid Valley,  bangunan sebelahnya, tp untuk gambar cantik bole layari website http://www.estamysite.com/ kat situ ade gambar jelas dan macam2 bole tgk...



Kali nie jalan2 cuci mata jer, nak beli barang-barang sendiri pun xle nak beli, sebab nak kene simpan duit sikit, manalah tau nak guna kecemasan, nak beli hadiah bestday orang lain pun xdapat, belek2 kasut croc baru pun masih xdpt nak beli, maybe later sebab xpenting sangat nak beli...

ciankan, kan best kalo ade orang yang  teman, xdela bosan sangat..

Thursday, February 03, 2011

3 Februari 2011

Salam

Hujan pun dah berhenti, hari pun dah panas, nasibla baik kerana tidak ditimpa musibah banjir diPJ ini, hanya hujan sepanjang hari pada hari ahad lepas yang mengakibatkan tempat-tempat lain dilanda limpahan air sungai yang mendadak sehingga banjir dibeberapa kawasan di semenanjung Malaysia ini, negeri yang teruk ialah negeri kelahiranku itu Johor, di daerah tercinta seramai 43 ribu orang terkandas, cian orang Segamat, semoga menjadi sabar dan kuatkan semangat walau harta benda musanah sama sekali, lagi2 barang tersayang dan nyawa anak beranak.

Begitulah kisahnya ditempat orang sekarang, banjir..banjir..banjir dan banjirr, disemasa menyambut Tahun Baru Cina 2011 yang tidak beberapa meriah diKuala Lumpur ini, kebanyakan jiran-jiranku tidaklah menampakkan suasana perayaan yang berlaku pada tahun ini, adakah dengan kenaikan harga barang dan permintaan limau yang berkurangan, tidak juga dengan bunga api yang semakin suram, mcam xde bunyi langsung dihadapan rumahku.. Sempat juga tadi kuar sekejap ke Mid Valley Mega Mall untuk membeli sedikit barang dapur, taulah raya cina nie bukan ade kedai yang bukak nak beli barang, boleh tahan juga kat situ, masih banyak kedai yang buka dan dilihat orang berbangsa Cina ini masih membeli belah dengan keluarga seperti tiada apa2 yang berlaku di hari perayaan ini, anak-anak mereka seperti tidak merayakan Tahun baru ini seperti kanak-kanak yang berada dikampung halaman.

Tahun demi tahun seperti yang kita lihat mmg beberapa perayaan sekarag tidaklah semeriah perayaan yang kita sambut pada tahun 80an dan 90an, masa itu boleh dikatakan suasana amat-amat bagus, kerana berbagai-bagai kerenah yang boleh dilihat dimerata-rata tempat di KL dan PJ dan ditempat2 lain... masa itu maybe dengan harga barang yang murah dan gaji juga lumayan membolehkan membeli apa-apa sahaja yang kita mahu....

Sekarang ini apa harus kita buat, berjimat pun masih tidak cukup, hutang semakin banyak dan pelbagai benda perlu dibayar sehinggakan toilet pun kene bayar.....apa lagi yang tidak dapat dibuat walaupun mempunyai duit yang banyak tapi tidak bererti pada diri dan keluarga...

Pada yang berduit banyak anda seharusnya bersyukur kerana tidak perlu menagih kerja-kerja yang berat dan bergaji rendah, kasihan kepada mereka yang membanting tulang sehingga malam untuk mencari sesuap nasi dan perlu menyimpan untuk jangka masa yang panjang, diharap pada masa hadapan pihak yang bertanggungjawab dapat menjalankan tugas dengan baik dan ekonomi menjadi seimbang seperti waktu dahulu.