16 Disember 2010
Salam,
Tup tap tup tap, ohh dah pukul 10.45 malam, aku amik mase nak tulis blog yang terbiar ini, xde ape nak diceritakan sangat tetapi ade beberapa perkara yang hendak diluahkan disini...perlu ker, atau sekadar menjadi bahan gelak orang ramai kat luar......entahla, orang lain pk lain dari kita pikirkan, susah manusia nie bermacam2 ragam.....mahkluk Allah S.W.T paling istimewa. Istimewa ker, ape yang istimewa sangat pasal manusia nie....belah mana yang bagus 2.....bleh terang kan x..... lihat pada diri, syukur kerana dijadikan tidak cacat, muka ada, tangan ade, perut ade, kaki ade, sempurna segala....ape lagi yang manusia mahu.....perkara yang malang xmahu, dibuli pun xmahu, disuruh pun xmahu, ape yang manusia mahu....cuba beritahu.....
Itulah serba sedikit daripada perihal manusia yang alpa pada persekitaran yang berlainan, ade orang ditempat yang bagus, ade yang x, nasib die bagus, nasib org 2 xbagus, mana satu yang elok nie, pk pk pk banyak pun benda tetap berlaku, so ade cadangan yang bagus untuk jadikan sesuatu jadi bagus...so benda xbagus lgsg xde, apa akan jadi, dunia aman damai, xde gaduh2, xde malas2, semua dapat sama adil, mcm 2 ker....susahkan jadi manusia nie.....ape pun syukur kerana di jadikan oleh Allah S.W.T yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasihani...
24 jam, berapa kali ingat Allah S.W.T, ade 60 saat X 60 Menit X 12 Jam, macm 2 ker, sentiasa ingat padaNya, berapa saat je dah lalai, dan manusia menjadi angkuh, marah , dengki, tamak dan segala menjadi kucar kacir, pasal ape? duit, kemewahan, itu yang manusia nak, tetapi adakah manusia itu besar kudratnya, tolongla, jangan berangan nak tunjuk pandai, pk dahulu sebelum nak kene kan orang, selagi darah masih mengalir, Allah S.W.T itu dekat diurat leher, sekali ajal dtg, sesaat pun tiada tangguh. Itu dikatakan hebat, manusia hebat yer......renung2kan lah... sayangi Allah S.W.T lebih baik dari menyayangi yang lain....setiap malam siapa yang jaga tidur, bila lapar siapa yang beri makan, bila haus siapa yang bagi air, sakit perut siapa yang bagi sakit....maka dengan itu janganla sesekali berkata hebat pada diri kerana yang terhebat ialah Tuhan Agung Allah S.W.T,
ingatla manusia, kehidupan tidak akan kekal, berdosa itu ada, tiada yang sempurna amalan melainkan bersyukur kepadaNya segala nikmat yang diberi, kaya atau miskin adalah ketentuan, rezeki adalah nikmat, syukur adalah pedoman mengingati pencipta yang Maha Agung,berdoa adalah ikhtiar, keputusan adalah hak Allah S.W.t maka berserahla kepadaNya segala ketentuan dan ketetapan yang telah ditulis.
Allah S.W.T amat bijaksana, tiada kesilapan maka tiada, hanya kosong, maka Allah S.W.T yang benar, menafikan tiada tuhan, maka manusia itu akan kembali ke rahmatNya sepertimana Ia diciptakan, maka Allah S.W.T akan lebih mengetahui akan sesuatu......amin...
Selagi darah masih mengalir, ingatla manusia bertapa hebatNya kejadian yang Agung, pencipta yang tidak dapat dilihat, merasainya kewujudan yang Esa, dihati yang sentiasa mengarap sesuatu yang diimpikan, air mata mengalir meminta dikabulkan doa yang sentiasa difikirkan,menjadi doa yang pertama dimakbulkan dari berjuta2 doa yang dipohon, dengan harapan merubah impian menjadi kenyataan....serta mendapat keampunan seperti kain putih yang tidak dicemari kekotoran dan kekesalan..
No comments:
Post a Comment