Saturday, December 01, 2012

แพ้คนขี้เหงา - Olives Feat. ตูมตาม

Assalamualaikum

Lama xmenulis apa2 kat blog nih...ape pun mari kita layan lagu2 Thailand, mereka sekarang dah maju dan dah nak mcam video clip korea, kita bila lagi....


lagu nih siap pakai iPad 2, nampak betul berteknologi ...... meraka pun mengikut trends pada masa kini.....

Monday, November 19, 2012

Ikan Koi

Assalamualaikum

Kekadang busy sangat ngan kerja nie boleh membuatkan diri nie stress, blom lagi dengan perangai orang lain yang menyemakkan kepala hotak, so untuk menenangkan fikiran, deruan air terjun serta ikan koi yang bermain2 di dalam kolam dapat menjadi terapi kepada masalah stress


Video nih xberapa nak expert sangat nak edit, tp bole lah enjoy...bosan2 nih

Friday, August 17, 2012

Sony VAIO T

Assalamualaikum,

Sejak bisik2 mengenai Ultrabook pada awal julai lepas memang telah mengujakan beberapa peminat laptop di sekitar kuala lumpur, terutama kepada pengeluar tablet seperti Samsung dan Apple, tetapi masih terdapat beberapa syarikat telah mengambil langkah lain seperti memperkenalkan mode laptop yang mempunyai ketahan bateri yang tinggi, contoh seperti Sony, Acer , Asus dan Toshiba dimana mereka telah menggunakan sistem secara hybrid didalam penggunaan storage. Apa itu fungsi hybrid, fungsi hybrid dimana HDD atau Harddisk yang biasa kita pakai itu di tambah sedikit storan beberntuk Chip  ber kapasiti didalam 32GB, tetapi masih mengekalkan cakera keras bermotor yang berkapasiti 500GB, ini adalah untuk melajukan permulaan start kepad program windows 7, contoh seperti dibawah


Memang lajukan....tida siapa bole lawan Ultrabooks Sony VAIO T nih, harga amat berpatutan dan terdepat dalam dua model 11.6 inch dan 13.3 inch, harga hampir sama di mana untuk 11.6 inch RM 2899 dan untuk 13.3 inchi berharha RM 2999.....hanya beza Rm 100 dari segi siaznya.....performance amat membanggakan dan bateri tahan hampir 7 jam......

Gamelan Performance Mid Valley

Assalamualaikum,

Sejak dah dapat guna camera NEX F3 nampak mmg best la sangat, lagi dengan kuasa 16 MPixel, gambar die mmg cun, ape tah lagi kalo amik video yang ade 25p picture die, sangat clear.....dengan kekurangan cahaya juga ia nampak terang, ternyata hebat.


Pada malam puasa yang ke 20 lepas, Mid Valley ade buat show permainan musik gamelan, mmg powerlah diaorang buat performnace mase 2, tgk macam main ketuk-ketuk jer kat atas gamelan tembaga 2......nampak senang tp susah nak sync dengan alat musik lain, ape-ape pun mmg enjoy sangat diaorang nih main.....terbaek

*untuk Video yang lain boleh tgk kat Youtube di bawah...

 Esta Zainal Youtube Channel

Sunday, May 20, 2012

Samsung Galaxy S3

Assalamualaikum

Wahhh..dah kuar dah Samsung Galaxy S3 yang akan mengakibatkan sakit jantung kepada peminat2 handphone dibumi ini...mari kita tgk die punya iklan


Samsung telah berjaya untuk mengupgardekan handphone nya menjadi lebih baik berbanding dengan Apple iPhone, dimana ada lagi perbagai fungsi yang dinaikkan secara drastik, contoh seperti processornya yang Quad Core serta Liquid Touch, siap ade mcm Siri yang agak serupa dengan iPhone 4S

23rd ITEX Exhibition KLCC

Assalamualaikum

Selama 3 hari berlangsung pameran ITEX di Kuala Lumpur Convention Centre, KKTM PJ telah menghantar satu projek inovasi dari pelajar bernama Hasrul Haslan iaitu Painting Pillar Machine, lebih kuang macam 2 kot bunyinya.....

So marilah kita saksikan video yangtelah diambil sempena pameran tersebut...


KKTM PJ telah meraih Perak dalam entah xtau ape kategorinya, and saya ingin megucapkan syabas kepad En. Mutalib dan En Suhadi kerana telah berjaya mendapat pingat... Anda berjaya kerana melakukan dengan ikhlas.....syabas sekali lagi...

Tahun depan boleh masuk join kalo bole...ape macam mahu kah....

Orchid Garden Kuala Lumpur

Assalamualaikum

Lama xjalan2 kat taman sekitar Kuala Lumpur nih, so rasa xde ape nak buat di pagi2 minggu nih, elok la juga amik masa melawat ke Taman Orkid di Taman Tasik Perdana, area2 nak ke Masjid Negara tuh, xkan tu pun xtau...ape lah, duk je KL...

So ramai juga lah yang datang ke situ, ramai juga pelancong2 asing, omputih2 duk lepak situ, mereka suka dengan keindahan alam semulajadi malaysia nih..

So tanpa cakap banyak marila kita tgk sama2 videography nih....tadi duk amik


Gambar boleh tahan tetapi ade sikit xbeberapa steady..maklumla camera berat.....

Selamat terhibur