Assalamualaikum
Dah setengah bulan April dah, kejap2 panas dan kejap hujan turun dengan lebat sekali, itulah lumrah kehidupan pada waktu ini, rehat 2 hari dan 5 hari bekerja seperti biasa, banyak yang kene buat seperti mengajar dan memberi tugasan kepada pelajar. Cuma dalam beberap minggu nie xde perkara menarik yang berlaku disekitar rumah, cuma perkara pekerjaan sahaja, rasa bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberi peluang untuk hidup dan melakukan kerja2 yang bermanfaat tertutama dalam meberi ilmu kepada masyarakat.
Terima kasih kepada Allah S.W.T kerana masyarakat diluar sana masih menganggap diri ini sebagai satu daripada agen yang memberi kemudahan kepada mereka, lagi2 yang memerlukan pertolongan yang tidak seberapa, kekadang menggangap diri ini tidak berguna dan menyusahkan orang lain, tul kan. Tetapi mereka lebih gemar menyakat diri ini dengan gelak dan ketawa serta gurau senda. Rasa mcm dah xlaku dah sebab rasa mcm dah nak tua, siapa2 pun xnak kalo dipelawa keluar......dari disakiti lebih baik buat sendiri, xyahla nak merintih kepada yang susah nak dapat, buat pe kan orang xsudi...yang ada pun jual mahal....
Kerana kudrat ini masih lagi kuat, tidak terpikir nak buat apa2 yang drastik, malas nak pk masa depan,xtau ape akan jadi lepas nie, rase mcm tengelam jer, bila tgk diri sendiri mcm dah besar, gemuk ke, hahaha, pasti kuat makan, kerana selera makan yang kuat.....xle tahan...sorryla kalo xberkenan...xpaksa pun....
Bestnya mendengar musik dari Yiruma - Kiss The Rain, bunyi2 piano yang asik, tenang jer kalo dengar, kalo rajin download lah di internet sebab lagu2 yang dimainkan Yiruma ini amat menyentuh perasaan, lagi2 kepada mereka yang rasa kurang tenang, lagu ini bole menjadi terapi kepada kita dengan alunan musik piano yang enak...boleh dengar seperti video di bawah: -